Untuk pertama kalinya, dua nama besar dari Indonesia, Kotak dan Ello, akan bergabung di atas satu pentas di Kota Kinabalu, Sabah! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – LIVE IN MALAYSIA yang bakal diadakan pada Sabtu, 14 Jun 2025, jam 8 malam di ITCC Ballroom, ITCC Penampang, Kota Kinabalu.
Konsert istimewa ini bukan hanya meraikan ulang tahun ke-20 penglibatan Kotak dan Ello dalam industri muzik, tetapi juga menjadi satu-satunya destinasi luar Indonesia untuk acara yang penuh sejarah ini. Peminat di Sabah, terutama di Kota Kinabalu, akan diberi penghormatan untuk menikmati persembahan luar biasa dari dua legenda muzik ini.
Tantri, vokalis utama Kotak, berkongsi kegembiraannya: “Kami tak sabar untuk bertemu peminat di Sabah dan berkongsi pentas dengan Ello dalam konsert istimewa ini!” Kumpulan rock terkenal Kotak yang telah menempa banyak kejayaan di Indonesia dan antarabangsa bakal menggegarkan pentas dengan lagu-lagu hits mereka. Begitu juga dengan Ello, penyanyi bersuara emas yang juga dikenali sebagai vokalis utama Dewa 19, yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik Indonesia selama dua dekad.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penuh tenaga dan emosi dari dua bintang besar ini dalam konsert yang bakal mengukir memori indah buat semua peminat muzik. Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual pada 11 April 2025 di laman web Ticket2U (www.ticket2u.com.my).
Maklumat Tiket dan Harga:
- VIP A – RM289 (Numbered Seat)
- VIP B – RM289 (Numbered Seat)
- ROCK ZONE – RM189 (Standing)
- GENERAL STANDING – RM139
- VIP Meet & Greet (Tambahan dengan pembelian tiket) – RM99
Bersedia untuk merasakan getaran rock dan kenangan manis yang bakal tercipta! Grab your tickets now and get ready to rock Kota Kinabalu with Kotak & Ello!