Seorang artis rap, penulis lagu dan penerbit Airliftz kembali menghasilkan muzik pop dengan hit terbarunya, “Princess Bubblegum.” Selepas berpindah dari dunia Soundcloud ke pentas besar, Airliftz telah memantapkan dirinya sebagai personaliti terkenal dalam persada muzik tanah air. Sebelum dihubungi oleh label terkenal RedRecords, Airliftz menjadi terkenal sebagai artis muda, membuka pintu untuk penghibur asing seperti Anderson Paak dan Joji dan mengembangkan nama di festival muzik di seluruh negara. Dengan pendengar dari seluruh Asia Tenggara, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, bersama-sama dengan kerjasama dari seluruh kepulauan, Airliftz membuat kemunculan semula di carta.
Jemu dengan formula pop generasi masa kini, Airliftz membawakan campuran perisa dan pendekatan yang lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta menerusi treknya ini. Dengan tajuk yang diinspirasikan oleh watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time”, lagu ini ditulis dalam dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) dan disaduri bunyian jazz, afrobeat dan R&B alternatif.
Bagi projek kali ini Airliftz bergabung tenaga bersama artis dan penerbit serba boleh, Shelhiel untuk merealisasikan dunia “Princess Bubblegum” dalam bentuk sebuah lagu yang juga menjadi bukti bakat yang bertunas di Asia Tenggara.
“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah untuk saya membuka diri dan bersahaja dalam berkarya.” kata Airliftz.
Muzik video yang menjadi komponen visual untuk karya ini akan dilancarkan pada 26 Mei dan bakal menyaksikan Airliftz menerokai bakatnya dalam tarian ‘ballroom’ bersama pasangan.
“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan.”
“Saya inginkan pendengar untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan.”, tambahannya lagi.
“Princess Bubblegum” menandakan rilisan single keempatnya di bawah RedRecords setelah kejayaan “Not Today”, “Honest” dan “Smile Strong”. Trek ini tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer, JOOX music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Haruka Teh, [email protected] Jeg, [email protected]