Ejen, masa semakin suntuk! Tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) semakin menghampiri penghujungnya, namun semangat penonton kekal membara. Setakat ini, lima negeri telah membuktikan sokongan paling luar biasa mereka terhadap filem animasi kebanggaan negara ini — Selangor, Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah kini menerajui senarai tontonan tertinggi.
Bagi yang masih belum menonton, inilah waktu terbaik untuk melapor diri. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada misi kutipan RM65 juta yang sedang menggegarkan pawagam seluruh negara. Dengan gabungan aksi bertenaga, rekaan bunyi yang menggetarkan jiwa dan grafik bertaraf dunia, EATM2 bukan sekadar filem animasi — ia adalah satu pengalaman epik.
Ramai penonton sudah kembali untuk tontonan kedua dan ketiga. “Tak cukup sekali,” kata mereka. Rupanya, makin banyak kali ditonton, makin banyak rahsia dan teori yang terbongkar.
Jangan tunggu lagi. Sama ada anda bawa keluarga, geng ejen atau solo, pastikan anda jadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Ejen Ali perlukan anda untuk unlock fasa seterusnya — dan hanya dengan sokongan anda misi ini akan berjaya.
Kalau bukan sekarang, bila lagi? EATM2 masih beraksi di pawagam. Misi belum tamat – masa untuk bertindak!