Fri. Jul 18th, 2025

Lima bulan selepas memasuki pasaran Malaysia, Luckin Coffee terus mencetuskan sensasi dengan pelancaran terbaharu mereka – Fruity Series, satu rangkaian minuman kopi yang diinspirasikan oleh rasa buah-buahan segar, digandingkan pula dengan kolaborasi unik bersama platform permainan terkenal, Honor of Kings (HOK). Gabungan dunia kopi dan dunia permainan ini bukan sekadar kempen pemasaran, tetapi satu fenomena budaya yang menyasarkan generasi muda yang inginkan pengalaman lebih daripada sekadar minuman.

Antara tarikan utama dalam Fruity Series termasuk Orange Americano yang menggabungkan rasa sitrus menyegarkan dengan kelembutan espresso, serta Grape Fizzy Americano, pilihan manis berkarbonat yang sesuai untuk cuaca tropika. Rangkaian ini bukan sahaja menampilkan rasa baharu, malah turut mempersembahkan gaya hidup moden yang penuh warna dan karakter – sesuai dengan cita rasa penggemar kopi masa kini.

Sempena pelancaran rasmi Fruity Series, Luckin Coffee Sunway Pyramid menjadi tumpuan peminat pada 8 Jun lalu apabila dua cosplayer popular, Angellowee dan Lea, muncul sebagai watak ikonik Shi dan Yao daripada Honor of Kings. Sesi bertemu sapa ini memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar, berinteraksi, dan merasai dunia permainan dalam suasana realiti yang mengujakan. Pembeli Fruity Series juga menerima kad foto eksklusif, manakala beberapa peminat bertuah menikmati sesi fotografi peribadi bersama cosplayer.

Lebih menarik, kolaborasi ini turut memperkenalkan barangan edisi terhad bermula 6 hingga 30 Jun 2025, antaranya pop socket, gantungan telefon, dan pelekat holografik. Peminat boleh memilih daripada tiga pakej kombo istimewa:

  • Kombo Solo Buff (RM12): 1 minuman Fruity Series + barangan edisi terhad
  • Kombo Duo Buff (RM20): 2 minuman (pilihan Fruity/Bestseller) + barangan
  • Kombo Fruity Boost (RM18): 2 minuman Fruity Series + pelekat holografik

Sebagai tambahan kepada kemeriahan pelancaran, Luckin turut mengadakan kempen media sosial eksklusif dari 6 hingga 8 Jun. Seramai 100 pelanggan terawal setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee Honor of Kings di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin dan tag @luckincoffee.msia serta @HonorofKingsMalaysia, layak menebus Pakej Buff Up yang mengandungi minuman percuma, baucar beli 1 percuma 1, dan kupon diskaun 40%.

Melalui kerjasama strategik ini, Luckin Coffee membuktikan bahawa mereka lebih daripada sekadar penyedia kopi. Mereka kini berada di barisan hadapan dalam mencipta pengalaman gaya hidup moden, memadukan cita rasa kopi premium dengan trend budaya digital. Kolaborasi bersama Honor of Kings membuka ruang baharu dalam strategi pemasaran dan menjadikan Luckin sebagai pelopor kepada budaya kopi generasi baharu di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan penebusan ganjaran, layari: luckincoffee.com/my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *