Tue. Nov 19th, 2024

    Apabila Melastik Ke Hatimu, drama bersiri berdasarkan buku dan dibintangi oleh Janna Nick dan Andi Bernadee, ditayangkan pada 2021, ia mendapat pujian. Berjuta-juta orang terpikat dengan drama bergenre komedi romantik ini, yang turut membawa pulang hadiah Drama Popular Anugerah Drama Sangat 2021.

    Kembali dengan musim kedua, Melastik Ke Hatimu 2 bakal menemui peminatnya menerusi slot Lestary TV3, bermula 16 September 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

    Melastik Ke Hatimu 2 diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Azmi Hata dengan nukilan skrip oleh Siti Solehah Abdul Ghani. Drama bersiri 25 episod ini mengekalkan Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai gandingan utama, menampilkan barisan pelakon-pelakon handalan seperti Afifah Nasir, Wani Kayrie, Hafidz Roshdi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Idzham Ismail, Sharul Kamal dan ramai lagi.

    Cinta antara Haura, gadis kilang ‘gengster’ dan Ziyyad, pemilik kilang yang terjalin selepas disatukan dengan perkahwinan dimana ibu Haura yang mahukan menantu kaya. Pelbagai konflik dan dugaan telah melanda hidup mereka sebelum kedua-duanya memahami erti sebenar pengorbanan.

    Kini, kehidupan pasangan Ziyyad (Andi Bernadee) dan Haura (Janna Nick) semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung. Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura (Wani Kayrie) ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.

    Enggan ‘pisang berbuah dua kali’, Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya. Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura.

    Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura. Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya.

    Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain (Afifah Nasir) bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman (Idzham Ismail) yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus mengganggu Ziyyad.

    Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ (Sharul Kamal) yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesinambungan kisah pasangan romantis Ziyyad dan Haura dalam Melastik Ke Hatimu 2 menerusi slot Lestary bermula 16 September 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam atau strim dan catch-up secara eksklusif di www.tonton.com.my. Peminat drama Melastik Ke Hatimu juga boleh catch-up dan binge watch musim pertamanya di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *