Sat. Jul 19th, 2025

Persiapkan diri untuk malam penuh energi apabila Festival Muzik OOO 2025! bakal menyinari Heritage Valley, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2025 nanti. Diterajui oleh kerjasama eksklusif antara OPPO dan Warner Music Malaysia, festival ini menjanjikan sebuah pengalaman muzik yang luar biasa, penuh warna, gaya dan inovasi.

Lebih menarik, festival ini bakal menghimpunkan barisan artis paling berpengaruh dalam industri muzik Malaysia – antaranya Noh Salleh, MASDO, Bunga, Luqman Podolski, Zynakal, TUJU, Naki, emptypage., Iman Troye, FUGŌ, Jo Vynn, Priscilla Abby dan Steadygang. Gabungan genre pop, hip-hop, rock dan indie dijangka menjadikan malam tersebut sebagai medan hiburan terulung tahun ini.

Bagi trio retro-pop MASDO, penyertaan mereka bukan sekadar untuk menghiburkan peminat, tetapi sebagai ‘panas badan’ menjelang konsert solo mereka yang bakal berlangsung 30 Ogos ini. “Kami melihat Festival Muzik OOO 2025 sebagai pentas pemanas enjin menjelang konsert 10 tahun MASDO. Barisan artis lain juga hebat, rugi kalau tak sertai,” ujar Ali mewakili Ceri dan Mawi.

Bukan sekadar sebuah festival muzik, acara ini turut menandakan pelancaran rasmi siri terbaharu OPPO Reno, yang menggabungkan elemen gaya hidup, teknologi dan muzik dalam satu sambutan dinamik. Para peminat bukan sahaja akan dihiburkan dengan persembahan artis kegemaran, malah dapat meneroka teknologi terkini dan interaktif daripada OPPO dan rakan penaja lain.

Menurut Pengarah A&R Warner Music Malaysia, Raqeem Brian, pihaknya sangat teruja untuk menghargai bakat-bakat besar yang dimiliki negara. “Festival Muzik OOO 2025 ini bukan sekadar konsert biasa, tapi satu perayaan budaya yang menyatukan semua melalui kreativiti, muzik dan inovasi,” jelasnya.

Acara ini akan berlangsung dari jam 6 petang hingga 11:30 malam dan turut menampilkan pelbagai sudut menarik seperti gerai makanan dan minuman, ruang interaktif jenama, serta peluang untuk merasai sendiri teknologi terkini OPPO dan Proton e.MAS.

Menambah tarikan, OPPO turut melancarkan siri digital “Roda Karaoke” – segmen video carpool karaoke menampilkan artis festival seperti MASDO, Bunga, Noh Salleh dan FUGŌ. Siri ini bukan sahaja menghiburkan malah memberi peluang peminat mengenali personaliti artis dalam suasana santai dan mesra sambil memperkenalkan model Proton e.MAS secara lebih dekat.

Dengan harga tiket hanya RM50, festival ini terbuka untuk semua peringkat umur yang mahu merasai pengalaman muzik yang menyatukan budaya dan generasi. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang dijangka mencipta kenangan manis bersama artis kegemaran anda.

Ayuh hadir beramai-ramai ke Festival Muzik OOO 2025, 1 Julai ini di Heritage Valley Kuala Lumpur dan alami malam penuh semangat bersama MASDO dan rakan artis lain – panas badan sebelum gegaran besar konsert sebenar bermula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *