Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) bukan sekadar malam penuh glamor kini ia bergerak ke seluruh negara menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour! Jelajah eksklusif ini menjanjikan pengalaman yang lebih dekat, lebih hangat dan lebih interaktif buat para peminat yang tidak sabar untuk merasai sendiri kemeriahan AMT2025. Tiga negeri utama dipilih sebagai lokasi persinggahan, dengan Johor sebagai hentian pertama yang membuka tirai.
Warga Johor Bahru, bersedialah kerana kota anda bakal menjadi medan pertama kehangatan AMT2025! Pada 12 Julai 2025, AEON Mall Tebrau City akan menyaksikan kehadiran bintang-bintang popular seperti Sophia AlBarakbah, Alya Iman, Siti Elizad, Shiha Zikir, Amir Masdi, Puteri Khareeza dan Nadzmi Adhwa dalam sesi meet & greet eksklusif bersama peminat. Peluang untuk bergambar, memenangi hadiah menarik serta menyaksikan persembahan langsung artis kesayangan anda menanti — semuanya dalam satu acara penuh warna!
Seterusnya, jelajah akan bergerak ke AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 19 Julai 2025 sebelum menutup tirai di lokasi terakhir yang akan diumumkan tidak lama lagi. Setiap destinasi menjanjikan pengalaman berbeza, termasuklah kehadiran Melodi Terhangat Superstar Bus, sebuah pentas hiburan digital bergerak yang menampilkan sesi karaoke, cabaran TikTok dan rakaman eksklusif yang akan disiarkan LIVE di TikTok TV3.
Menyemarakkan lagi acara, PROTON tampil sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT2025 dengan memperkenalkan All-New PROTON X50 kepada orang ramai. Pengunjung boleh membuat pre-booking terus di lokasi dan berpeluang menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar. Hadiah utamanya? Sebuah PROTON X50 serba baharu untuk seorang pemenang bertuah!
Melodi Terhangat Superstar Tour bukan sekadar roadshow ia adalah perayaan budaya pop Malaysia yang membawa semangat industri hiburan terus ke tengah masyarakat. Ia membuka peluang kepada peminat untuk berinteraksi bersama selebriti kegemaran mereka tanpa sempadan ibu kota, menjadikan setiap perhentian sebagai pengalaman yang tak terlupakan.
Ikuti @TV3Malaysia dan @MelodiTV3 di media sosial untuk maklumat lanjut, jadual penuh serta kejutan yang bakal diumumkan. Bila pentas hiburan turun ke jalanan, AMT2025 membuktikan bahawa rakyatlah sebenar-benarnya superstar!