Wed. Aug 13th, 2025

Nadhif Basamalah, penyanyi muda berusia 25 tahun yang terkenal dengan vokal gemersik dan penuh emosi, bakal menghangatkan Kuala Lumpur pada 11 September 2025 menerusi konsert Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur. Persembahan istimewa ini akan berlangsung di The Exchange Hall, Petaling Jaya, menjadi salah satu hentian yang paling dinantikan dalam rangkaian jelajahnya di Asia.

Menurut penganjur bersama After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur memegang tempat istimewa di hati Nadhif. Selain Singapura dan Kota Kinabalu, penyanyi dan komposer berbakat ini amat teruja untuk bertemu peminat setianya di Malaysia. “Tanpa merendahkan lokasi lain, kami dengan bangga membawa Nadhif singgah di Kuala Lumpur. Lagu-lagu hitnya pasti akan membuat malam itu penuh emosi dan kenangan manis,” ujar Liaw Sun dari Banyak Bagus Entertainment.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual di platform Ticketmelon dan jumlahnya adalah terhad. Pihak penganjur menegaskan agar peminat tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menyaksikan persembahan live Nadhif yang sarat dengan sentuhan hati dan vokal memukau.

Nama Nadhif Basamalah mula mencuri perhatian pada Julai 2022 dengan lagu Wonder in Time. Popularitinya melonjak menerusi single seperti To Be With Me, Without Me (Sera) dan terutamanya Penjaga Hati yang mencipta fenomena pada 2023. Kejayaan ini diteruskan dengan karya baharu seperti Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya, yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyanyi balada paling diminati di rantau ini.

Konsert pada malam 11 September ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu peluang untuk peminat menyelami emosi dan jiwa muzik Nadhif secara langsung. Pastikan anda bersedia kerana persembahan ini dijanjikan akan menjadi malam yang membuat semua penonton jatuh cinta sekali lagi dengan pesona dan bakat luar biasa Nadhif Basamalah.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *