Fri. Nov 15th, 2024

    Lara yang juga dikenali sebagai Puteri Larasati Aisya merupakan seorang wanita berbakat besar yang mengusahakan Puteri Emas Holdings, syarikat milik arwah bapanya. Lara mula berasa ditinggalkan, ditipu, dan keseorangan selepas bapanya meninggal dunia, dan keluarga serta rakan-rakannya sendiri mula mengasingkannya. Adakah Lara akan mengekalkan azamnya untuk meneruskan perjuangan keluarga dan dirinya?

    Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik. Drama ini akan menemani penonton di TV3 menerusi slot Samarinda mulai 21 Mac 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 malam, dan anda juga boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.

    Diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan penghasilan skrip oleh Eenaz Mokhtar, drama ini menampilkan pelakon popular tanah air seperti Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Afifah Nasir, Niena Baharun, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Zack Kool, Nasz Sally dan ramai lagi.

    Lara (Janna Nick) pernah merasa bahagia sewaktu ayahnya masih hidup. Ibu, Datin Fariza (Zarina Zainuddin) dan abangnya, Luqman (Shah Iskandar) turut sentiasa bersamanya. Selepas pemergian ayahnya, Lara mula merasakan hidupnya sangat sepi. Segalanya berubah apabila ibunya berkahwin dengan rakan baik arwah ayahnya dan Luqman membawa seorang isteri, Sabrina (Afifah Nasir) setelah tiga tahun berada di perantauan. Kehadiran kakak iparnya, Sabrina yang dari awal cemburu dan membenci Lara, suka memanipulasi keadaan membuatkan Lara semakin jauh dari Luqman.

    Zafir (Hisyam Hamid) mempunyai perasaan terhadap Lara dan telah mencuba berkali-kali untuk meluahkan isi hatinya kepada Lara tetapi sering kali diendahkan olehnya. Namun begitu, keberadaan Zafir yang sentiasa mendengar luahan hati Lara dan sentiasa bersamanya di kala susah mahupun senang telah membuka hati Lara untuk menerima Zafir.

    Lara telah disatukan dengan Zafir tetapi rumah tangga mereka sering berdepan rintangan. Sabrina menghasut fikiran Zafir yang mengatakan Lara seorang yang tidak jujur. Kepercayaan Zafir terhadap Lara mula kabur dan goyah apabila mendapati Lara pernah dilihat bersama Zakuan. Ujian mereka semakin berat apabila kemunculan Farah, bekas kekasih Zafir kembali menagih cinta. Masih adakah sinar dalam rumah tangga Lara dan Zafir? Berjayakah Lara menggapai bahagia dalam kisah hidupnya?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Puteri Lindungan Bulan menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *