Tue. Nov 19th, 2024

    Kuala Lumpur, 8 September 2022 – Botol empat segi yang telah digunakan untuk pengedaran minuman tenaga M-150 sejak 20 tahun lalu telah digantikan dengan reka bentuk baharu oleh Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga).

    Infra Bunga percaya bahawa dengan memasuki fasa baharu berikutan wabak COVID-19, ia akan dapat menarik lebih ramai peminat M-150 dan bersaing dalam industri minuman tenaga Malaysia.

    Minuman tenaga M-150 yang mengandungi kafein dan tidak berkarbonat ini memberikan badan dan minda rangsangan tenaga.

    M-150, yang mempunyai rasa sitrus dan manis yang lazat, bertindak mengurangkan keletihan sambil membantu dalam meningkatkan daya tahan fizikal dan kewaspadaan.

    Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

    “Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk  mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

    “Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

    Lip Jin juga menasihatkan orang yang memandu untuk perjalanan jauh harus membawa M-150 bersama mereka.

    M-150 ialah minuman gaya hidup dengan hanya 155 kalori dalam setiap botol 150ml, menjadikannya sesuai untuk pengguna berumur 18 hingga 40 tahun.

    Lebih daripada 14,000 titik sentuh, termasuk portal beli-belah dalam talian, kiosk layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka, menawarkan barangan Thai berkualiti tinggi yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga.

    Duta M-150

    Infra Bunga memilih Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta dalam misi meletakkan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai.

    Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’  tiktoker Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

    Semoga Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan jualan M-150 dan menarik pelanggan baharu dalam kalangan pengikutnya.

    Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

    Latar diri Hasif

    Jika Hasif Upin, 29, dahulunya dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, anak jati Kota Tinggi, Johor ini kini menceburkan diri dalam industri muzik sebagai vokalis.

    Hasif tidak pernah membayangkan nasibnya berada dalam industri muzik apabila membuat penampilan sulung dengan lagu Janji Sampai Mati, tulisan Aizat Amdan dan Anas Amdan.

    “Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

    Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

    “Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya.

    Hampir semua videonya menarik perhatian netizen sehingga virus itu merebak ke Indonesia, di mana dia kini mempunyai 2.6 juta pengikut di akaun TikToknya.

    Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *