Dew Challenge yang menarik kembali ke persada negara tahun ini, dengan bantuan dan penyertaan daripada rakan kongsinya, PUBG. Acara ini akan membawa semua ciri yang digemari oleh pemain PUBG ke dunia nyata dengan menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu pertandingan paintball bertema PUBG terbesar. Peserta boleh menikmati pengalaman mengasyikkan penuh dengan konsep unik dan segar, dengan matlamat untuk menarik perhatian golongan muda yang sukakan sukan dan pengembaraan, serta perhatian pemain PUBG.
Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400ml, layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com dan masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam permainan, merchandise dan baucar rakan kongsi. Setiap penebusan botol memberikan anda sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak, dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah mereka. Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga, merangkumi 4 wilayah di Malaysia: Utara, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur, pada bulan November ini.
Pelancaran ini juga akan melibatkan aktiviti pencarian harta karun yang mengambil inspirasi daripada mekanik dalam permainan. Sama seperti cara pemain berpayung terjun ke zon permainan yang diingini pada peta, pencarian harta karun akan bermula dengan pemilihan wilayah oleh peserta untuk menentukan di mana perjalanan mereka bermula. Selain itu, sama seperti cara pemain mencari senjata, perisai dan bekalan dari lootbox pada permulaan permainan, peserta akan mencari lootbox yang akan memberikan mata tambahan di leaderboard dan banyak lagi sebelum pertandingan bermula.
Lootbox ini akan diisi semula pada setiap hari dan/atau selepas satu tempoh masa yang berbeza pada sepanjang hari di cawangan rakan kongsi seperti MBO Cinemas, Morac Go Kart, Chicago Chicken City, Taco Bell dan Dominos di seluruh negara. Peserta akan menerima pemberitahuan di laman web Dew Challenge mengenai lokasi lootbox di mana mereka boleh mengimbas kod QR pada lootbox maya dan menebus hadiah untuk meningkatkan kedudukan mereka pada leaderboard.
Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, trak jelajah Dew Challenge khas akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial dan banyak lagi. Untuk menebus barangan eksklusif dan produk, pelawat boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang mengambil inspirasi dari PUBG seperti mesin layan diri Mountain Dew x PUBG khas, galeri menembak yang imersif, dan sesi gaming jam yang akan menyediakan pelbagai hadiah lain untuk dimenangi.
Selain itu, sebagai penaja telefon pintar rasmi untuk Dew Challenge pada tahun ini, HONOR Malaysia akan turut menaja 110 hadiah menarik untuk peserta, menjadikan ini kerjasama jenama pertama untuk keluaran baharunya.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika berkata, “Kami sangat teruja untuk menyaksikan Dew Challenge pada tahun ini. Ia mewakili komitmen Mountain Dew kepada pelanggan yang ingin menjalani gaya hidup secara sepenuhnya . Dengan berakhirnya babak pandemik dunia, kami boleh membawa dunia alam maya ke realiti melalui pengalaman unik untuk rakyat Malaysia yang bersedia untuk menikmati pengalaman yang luar biasa. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk mencabar diri mereka dan menjalani kehidupan yang terbaik dan penuh bertenaga.”
Tambah beliau, “Ini kali pertama sebuah jenama dapat melaksanakan aktiviti pada skala ini. Ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama rapat daripada pasukan dan rakan kongsi kami, terutamanya pihak PUBG yang juga berkongsi visi yang sama dan menaruh kepercayaan sepenuhnya ke dalam idea ini. Kami menggalakkan semua orang untuk turut serta bagi mengikuti perjalanan bersejarah ini bersama kami, tidak kira jika anda merupakan seorang pemain atau tidak.”
Tempoh masa untuk pendaftaran, pencarian harta karun dan trak jelajah akan berjalan dari 1 hingga 31 Oktober, disusuli dengan pertandingan antara wilayah yang akan berlangsung pada November, dan Peringkat Akhir pada Disember. Nantikan butiran selanjutnya yang akan diberikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Dew Challenge (dewchallenge.com) dan halaman Facebook Mountain Dew (https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia).