Tue. Nov 19th, 2024

    Ramadan adalah waktu yang istimewa di mana SACC mempersembahkan acara berbuka puasa yang meriah dan bermakna. Tema “Selera Orang Kita” mengekalkan semangat perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

    “Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini”, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd.

    “Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC”, ujar Azlina lagi ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Buffet Ramadan SACC di sini.


    SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

    “Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet Ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159”, tambah Azlina.

    “Selain itu, anak syarikat kami iaitu SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri atau boleh dijadikan sebagai hadiah korporat”, tambah Azlina lagi. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa
    dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA.


    Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

    Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC, sila hubungi kami dan pegawai jualan kami akan sedia membantu anda. Tempahan dan pembelian awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511
    8858 / 013-250 2858.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *