Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, Dr. Mustafa, Pakar Bedah GI dan Bariatrik terunggul menjalankan pembedahan Bariatrik di klinik swasta yang berjaya mencapai kejayaan gemilang. Pembedahan Bariatrik tidak hanya membantu pesakit mengurangkan berat badan, tetapi juga merawat masalah kencing manis dan darah tinggi, serta mengatasi masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, dan anti sosial. Pencapaiannya sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terkemuka di Asia Pasifik telah diiktiraf dan dihargai dalam majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. Dr. Mustafa membuktikan bahawa komitmen dan kecekalan dalam bidang kesihatan dapat membawa transformasi positif kepada kehidupan pesakit serta mendapat pengiktirafan di peringkat global.
Pesakit yang menerima rawatan Bariatrik ini kebanyakannya menghadapi cabaran serius seperti obesiti dan kelebihan berat badan yang menyulitkan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan yang signifikan, merencatkan kualiti hidup mereka secara ketara.
Kumpulan Sokongan untuk Pesakit Bariatrik Ditubuhkan
Pesakit-pesakit Bariatrik di bawah penjagaan Dr. Mustafa telah bersatu demi menyokong doktor mereka dengan mewujudkan sebuah kumpulan. Inisiatif ini digerakkan oleh Chef Bob@Alfie Sabri, seorang yang dulunya bergantung kepada kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan struktur keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang teruk. Dalam tempoh setahun selepas menjalani pembedahan, Chef Bob berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 130kg, membolehkannya kembali kepada kehidupan normal.
Konsultasi & Maklumat Pembedahan Bariatrik
Pembedahan Bariatrik telah menjadi penyelamat bagi banyak pesakit, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Dengan pencapaian cemerlang ini, tidak heran melihat begitu banyak individu datang berjumpa Dr. Mustafa untuk mendapatkan nasihat yang berharga demi meningkatkan kesihatan mereka. Semakin ramai juga yang tiba untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang dunia pembedahan Bariatrik.
Bagi Dr. Mustafa, berjumpa dengan individu yang berminat untuk mendapatkan nasihat berkenaan pembedahan Bariatrik adalah sejajar dengan aspirasinya untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat. Dalam usaha ini, beliau berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya obesiti sebagai penyakit yang membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera. Itulah yang memacu semangatnya dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Untuk penerangan lanjut tentang Dr. Mustafa dan pembedahan Bariatrik, jom sertai perjalanan ilmu di Instagram beliau @dr.mustafamt atau hubungi Puan Rafeah di talian terus +60162330678. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia kesihatan yang lebih baik!