Sat. Nov 23rd, 2024

    Petaling Jaya, 27 November 2023 – Persembahan pertama dari pasangan ini telah membuka tirai pdi pusingan separuh akhir Famili Duo 2023. Adik-beradik ini membuat persembahan yang memukau dan berjaya mengalahkan pasangan duo lain dengan mendapat Duo Terbaik (hadiah wang tunai RM10 000). Mereka juga dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Famili Duo 2023.Nantikan duo adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi dalam pusingan akhir yang akan menentang pasangan duo lain!

     

    Turut berentap di pentas akhir Famili Duo 2023 ialah duo adik-beradik Sharif & Syaiful dan duo sepupu Haqiem Rusli & Ariff Bahran. Manakala duo suami isteri Tom & Fuad Rahman, duo adik beradik Syahir & Shila Amzah serta duo adik beradik Ryan & Adam Bakery  terpaksa meninggalkan pentas Famili Duo 2023. 

     

    “Keputusan untuk memilih tiga pasangan duo ke final mengambil kira faktor mereka juga pernah meraih juara mingguan sepanjang Famili Duo 2023 berlangsung selain merujuk kepada markah terkumpul di carta keseluruhan. Saya melihat peringkat akhir ini agak menarik kerana persaingan kali ini lebih terbuka dan peluang sama rata bagi ketiga-tiga finalis. Masing-masing ada peluang untuk jadi juara di final kerana konsep persembahan juga bebas untuk lagu pertama dan konsep kedua pula ialah vokal berkumpulan atau lagu duet popular. Pihak produksi selalu challenge dan mahukan yang terbaik daripada peserta. Jika mereka bijak mengatur strategi, tidak mustahil untuk mereka bergelar juara. Mereka harus tahu menonjolkan kekuatan dan bukannya bereksperimen di pusingan akhir,” kata Muhamad Sufian Che Isa, Penerbit Eksekutif Famili Duo 2023. 

    Persembahan penuh bertenaga daripada Adira & Emma Suhaimi menerima pujian dan rating ‘Perfect 10’ daripada kedua-dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. “Adira dan Emma telah memberikan groove dalam persembahan malam tersebut. Dapat rasa beat dan groove, nyanyian bagus dan menepati tema Hip Hop. Mereka ada attitude dalam nyanyian itu. Emma sebenarnya boleh nyanyi genre Hip Hop, Adira pun bagus juga. Kalau Emma ada peluang, mungkin boleh keluarkan album Hip Hop di masa depan,” komen Ajai. 

     

    “Di awal persembahan, kedua-duanya dalam character, ada attitude dalam lagu dan energi vokal bagus. Mereka mainkan semua peranan iaitu attitude, energi dan disiplin dengan bagus di atas pentas. Mummy suka dengan persembahan itu,” kata Mas Idayu. 

     

    Walaupun Hip Hop dan dance bukanlah forte Adira dan Emma Suhaimi tetapi percubaan sulung mereka berjaya memberikan persembahan yang dinamik hasil daripada usaha keras mereka berdua. Menurut Adira dan Emma Suhaimi, “Alhamdulillah, kami puas hati dengan persembahan waktu semi final. Apabila sampai waktu persembahan, feel dan vibes jadi lain, jadi kami bagi lebih daripada apa yang kami sudah praktis. Sebenarnya, kami langsung tak jangka akan menang di semi final dan dapat mara ke final. Kami tawakal dan redha untuk menerima apa-apa yang akan jadi sebab kami dah buat yang terbaik untuk semi final. Kami percaya semua peserta telah ‘all – out’. Jadi, kami memang terpinga-pinga sewaktu keputusan diumumkan. Ia adalah rezeki untuk kami. Kami tak riak dengan kemenangan minggu lepas kerana ia tidak semestinya cukup bagus untuk kami rasa selamat di pentas akhir, kami akan buat yang lebih bagus nanti.” 

     

    Berikut adalah kedudukan persembahan di minggu ketujuh #FamiliDuo: 

    1. Adira & Emma Suhaimi – 61.5%
    2. Tom & Fuad Rahman – 53.4%
    3. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 53.0%
    4. Sharif & Syaiful ZERO – 48.1%
    5. Shila Amzah & Syahir – 46.0%
    6. Ryan & Adam Bakery – 39.0%

     

    Carta keseluruhan (Minggu pertama hingga ketujuh)

    1. Sharif & Syaiful Zero – 399.4
    2. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 368.6
    3. Adira & Emma Suhaimi – 365.2
    4. Tom & Fuad Rahman – 342.6 
    5. Syahir & Shila Amzah – 310.7
    6. Ryan & Adam Bakery – 308.7

    Pusingan akhir Famili Duo 2023 bakal menyaksikan finalis-finalis mempersembahan dua persembahan yang bertemakan ‘bebas’ dan ‘vokal berkumpulan/duet popular’. Pasangan duo manakah yang berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi hadiah wang tunai RM 100,000?

     

    Jangan terlepas juga peluang untuk gandakan sokongan buat duo kegemaran anda sebanyak 50 kali undian apabila anda menggunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ ketika melanggan pakej TontonUP dengan harga serendah RM20 bagi 3 bulan pertama. Nantikan pentas akhir Famili Duo, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim LIVE di Tonton. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *