Wed. Nov 27th, 2024

    Adakah cabaran yang dikeluarkan kepada peserta tidak adil? Bolehkah pesaing minggu ini menunjukkan bahawa mereka adalah pasangan memasak yang terbaik? Saksikan ruangan ini untuk mengetahui pasangan mana yang akan memenangi pertandingan Ramadan & Raya minggu ini di Dapur Tempur Ra-Ra pada hari Ahad, 2 April 2023, jam 8.30 malam. di TV9. Anda juga boleh menonton acara secara langsung dalam HD di Tonton di www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton daripada Google Play atau App Store.

    Program realiti masakan Dapur Tempur Ra-Ra telah mula bersiaran pada 26 Mac 2023 yang lalu dengan penampilan dua pasangan peserta yang cukup menghiburkan iaitu pasangan bapa dan anak, Bapak Borek Anak Rintik (Norman Hakim & Danish Hakim) serta pasangan ibu dan anak, Sudap Sudip (Halifah Jaafar & Arif Haron).

    Cabaran episod pertama bertemakan aneka telur menyaksikan Sudap Sudip memenangi gelaran juara mingguan episod pertama Dapur Tempur Ra-Ra dengan persembahan dua menu iaitu ‘Soto Telur Ketupat Wangi NONA’ dan ‘Dal Pecah Telur’. Pasangan Bapak Borek Anak Rintik pula berjaya mencuri perhatian juri tetap Dato’ Cef Ismail dan Michael Ang dengan pilihan menu ‘Ketupat Berendam Mengintai Di Sebalik Tirai Kamar’ di mana menu tersebut telah berjaya memenangi cabaran NONA dan ‘Tortilla Ayam & Telur On The Go’. Kedua-dua juri tetap telah menyuarakan pendapat mereka tentang tahap kreativiti para peserta yang kurang memuaskan, adakah masakan daripada dua pasangan peserta di episod kedua dapat memenuhi kriteria mereka?

    Cabaran episod seterusnya pasti lebih mencabar kebolehan memasak dan kreativiti para peserta. Episod kedua Dapur Tempur Ra-Ra menampilkan pasangan ibu dan anak, Hot Chicks (Farahdhiya & Aishah) serta pasangan adik-beradik Dapur Tempur musim pertama, Zest (Haiza Senusi & Hafzy Senusi). Menghangatkan lagi medan tempur memasak itu adalah cabaran ‘Tukar Stesen’ di mana kedua-dua kumpulan perlu bertukar stesen memasak dan sambung menu yang dirancang oleh kumpulan lawan.

    Adakah mereka akan meneruskan menu pihak lawan atau menambah baik menu yang sedia ada? Dapatkah mereka menyiapkan persembahan makanan dengan berbaki 15 minit? Semuanya bakal terjawab dalam episod kedua Dapur Tempur Ra-Ra, 2 April 2023, hari Ahad, 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia.

    Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *