Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari bakal ditentang Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dalam. Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ini bermakna pada PRN Selangor kali ini, akan berlaku bertembungan tiga penjuru di DUN Selat Klang setakat ini.
Selain Abdul Rashid yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mempertaruhkan muka baru di kerusi berkenaan iaitu Datuk Roslee Abdul Hamid.
Mohamad Ezam berkata, PRM setakat ini meletakkan lapan calon untuk bertanding dalam PRN di Selangor termasuk beliau sendiri, namun tidak menolak kemungkinan ada calon baru di saat akhir.
Menurutnya, tumpuan kawasan akan diberikan kepada Selangor dan Pulau Pinang kerana PRM mempunyai kekuatan di kedua-dua negeri berkenaan yang dilihat ketara dan sengit.
Beliau turut menjangkakan keputusan di kedua negeri ini adalah berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu yang tidak akan mampu membentuk kerajaan.
Selain beliau, antara calon lain adalah Timbalan Setiausaha PRM, Syed Ahmad Putra bin Syed Isa akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang; Ketua Penerangan PRM, Tan Kang Yap serta bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasigam di DUN Sentosa.
- N.44 Selat Klang – Datuk Mohamad Ezam bin. Mohd Nor
- N.46 Pelabuhan klang – Tuan Syed Ahmad Putra bin Syed Isa
- N.47 Pandamaran – Encik Tan Kang Yap
- N.48 Sentosa – Encik Manikavasigam A/L Sundram
- N.49 Sg.kandis – Ahmad Fahmi Bin Hanapiah
- N.50 Kota Kemuning – Encik K.Gunasekaran A/L Kuppan
- N.06 Kuala kubu baharu – Encik Chng Boon Lai
- N.55 Dengkil – Deligannu A/L Allagan