Thu. Nov 28th, 2024

    Dengan Program Perkongsian Rezeki Ramadan, sebanyak 3,000 paket juadah sarapan pagi telah dan akan diberikan kepada golongan asnaf sepanjang bulan Ramadan khususnya kepada anak-anak yatim dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

    Pengagihan pek berbuka puasa itu telah bermula pada 1 Ramadan melibatkan 200 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi, Selangor.

    Menu yang disajikan adalah berkhasiat dan berkualiti bagi memastikan golongan asnaf benar-benar dapat menikmati juadah yang enak ketika berbuka puasa.

    Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, program ini diadakan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir dan dapat merasai nikmat ketika berbuka.

    “Di saat kita mampu membeli pelbagai juadah berbuka dan menikmati makanan yang lazat, masih ada lagi mereka yang tidak bernasib baik.

    “Menginsafi hal ini, Program Kongsi Rezeki Ramadan menyediakan juadah berbuka berupa pek makanan kepada golongan fakir miskin dan Asnaf melalui pengagihan secara reach out kepada golongan sasar, ” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata demikian ketika menyantuni dan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini hari ini.

    Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri, program ini juga memupuk dan menyuburkan semangat Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya terhadap golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.

    Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan di agihkan kepada pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 120 pek makanan kepada penghuni Rumah Limpahan Kasih yang beroperasi di Puchong, Selangor.

    Dari jumlah 3,000 pek makanan yang diagihkan sepanjang Ramadan, sebanyak 500 diperuntukkan kepada petugas keselamatan.

    Sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pengawal keselamatan yang berpendapatan rendah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *