Tue. Nov 19th, 2024

    Kesejahteraan setiap individu bergantung pada bekalan air yang segar dan bermutu tinggi. Semua bermula dari sumber air yang murni dan terjaga, terutamanya sungai yang menjadi penyokong utama. Sungguh penting untuk menyelamatkan dan memelihara sungai agar air yang mengalir darinya terus bersih. Kebersihan bukanlah satu-satunya aspek, keindahan sungai juga harus dijaga, memelihara pesona semula jadi yang menakjubkan.

    Ketika kita menjaga bekalan air yang bersih, kita sebenarnya menjaga kesihatan diri. Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan. Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023(ROLFR23).

    Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi aspirasi penganjur, dijangka 500 perserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dapat berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan penganjur cukup bersesusaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan dan kesegaran. Turut berlangsung, acara KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota. Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta pelatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.

    Dalam pada itu, satu pameran turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan. Inisiatif tambahan ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta, malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.

    Menerusi satu kempen “Impian Kita bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi diantara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *