Tue. Aug 5th, 2025

Hari ini menjadi saksi debaran kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) apabila pengundian rasmi bakal berakhir tepat jam 11:59 malam. Selepas mencatat lebih 2.6 juta undian, kini segala-galanya terletak di tangan para peminat untuk menentukan siapa yang benar-benar layak digelar paling berpengaruh di pentas hiburan tanah air.

Menjelang penutupan undian, persaingan semakin membara dengan beberapa nama yang melonjak secara mengejut. Sarimah Ibrahim, Amir Ahmaf, Puteri Balqis, Erysha Emyra dan MK K-Clique kini menjadi bualan hangat peminat, membuktikan bahawa dalam dunia hiburan moden, tiada yang mustahil. Lonjakan populariti mereka di saat-saat akhir menunjukkan betapa kuasa undi peminat mampu mencipta kejutan besar di pentas AMT2025.

Dengan sistem undian 100% menerusi platform Tonton, setiap undi membawa makna besar. Satu klik sahaja mampu merubah kedudukan carta dan menentukan nasib calon kegemaran anda. Dalam suasana persaingan yang sengit ini, apa sahaja boleh berlaku sehingga detik terakhir.

Bagi yang belum mengundi atau ingin menggandakan sokongan, inilah masanya. Layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton, daftar akaun dan langgan pelan TontonUP untuk akses undian 500 undi bagi langganan 1 bulan atau 2,500 undi untuk 3 bulan. Prosesnya mudah, pantas, dan berkuasa.

Jangan biarkan calon pilihan anda tersingkir pada saat akhir. Undi sekarang dan jadilah sebahagian daripada sejarah AMT2025!

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *