Jom ke Kafe Cinta Dalam Kopi di Bangi hari ini! Sertai kami dalam sambutan pembukaan rasmi, dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi di antara 100 pelanggan pertama yang akan mendapat kek cawan percuma sebagai hadiah istimewa!
Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang mendapat baucar bernilai RM20 dan juga boleh menikmati 2 mangkuk bingsu dengan hanya RM22 bagi melengkapi hidangan mereka di Kafe Cinta Dalam Kopi.
“Menepati dengan konsep kafe yang romantik dengan tema berwarna merah jambu, pelanggan juga bakal menerima belon berbentuk hati sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka ke kafe kami”, ujar Muhammad Azmeer Azrul, Pengurus Kafe Cinta Dalam Kopi.
“Kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti frappe, toast, bingsu, kek, pasta, mee kari nyonya, nasi lemak ayam crispy, nasi ayam buttermilk yang pasti akan menjadi menu terhangat di CDK dan banyak lagi dengan rasa yang dan tidak dapat dilupakan”, tambah Azmeer.
Selain menu yang membuka selera, kafe ini juga menjadi salah satu lokasi yang sesuai bagi mereka yang mencari tempat untuk bergambar atau lebih senang dengan gelaran instagrammable spot.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai atmosfera penuh kasih sayang dan hidangan manis di Kafe Cinta Dalam Kopi. Lawati kami hari ini dan nikmatilah dunia manis dan hangat yang kami tawarkan!