Tue. Apr 8th, 2025

Sesuatu yang luar biasa bakal hadir ke Singapura! Dua kumpulan legenda yang namanya begitu popular di seluruh Nusantara bakal bergabung dalam satu malam penuh epik yang pastinya dinantikan ramai. Exists X Slam Live in Singapore, satu konsert yang menjanjikan pengalaman muzik yang tak dapat dilupakan!

Pada 29 November 2025, Exists X Slam akan menghangatkan The Star Theatre Singapura dengan konsert perdana mereka. Dihadirkan khas oleh Shiraz Projects, konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah penghormatan kepada dua kumpulan muzik yang masih relevan meskipun telah lebih dua dekad menguasai industri. Walaupun banyak kumpulan baru bermunculan, karya Exists dan Slam terus hidup dan menyentuh hati peminat setia mereka.

Shiraz Projects sebagai penganjur berkongsi, “Kenapa Exists X Slam? Bukan kerana kedua-dua kumpulan ini tidak mampu berdiri sendiri, tetapi kami ingin merayakan sumbangan mereka dalam industri muzik yang tak pernah surut. Karya mereka tetap di hati peminat, dan kami tidak mahu melepaskan peluang ini setelah mereka bersetuju untuk bergabung.”

Dengan sejarah yang telah terukir sejak awal tahun 90-an, Exists dan Slam masing-masing telah melalui banyak perubahan anggota, namun kekal mempertahankan reputasi mereka berkat sokongan padu peminat. Sehingga kini, lagu-lagu ikonik seperti “Mengintai Dari Tirai Kamar” dan “Gerimis Mengundang” terus menggegarkan corong radio. Kini, lagu-lagu ini bakal dipersembahkan secara langsung di hadapan anda!

Tidak ketinggalan, konsert ini juga akan membawa semua peminat mengimbau kembali nostalgia muzik seperti “Oh Ibu”, “Jesnita”, dan “Julia” dari vokalis Ezad Exists, serta “Tak Mungkin Berpaling”, “Kembali Terjalin”, dan “Rindiani” dari suara merdu Zamani Slam.

Konsert ini bukan hanya tentang muzik, tetapi juga tentang momen yang tak terlupakan bersama peminat. “Yang penting bagi kami adalah melihat peminat berpuas hati, menyanyi bersama, dan pulang dengan kenangan manis dari Exists X Slam,” kata Along, mewakili kedua-dua kumpulan ternama ini.

Tiket-tiket untuk konsert epik ini sudah pun dibuka untuk pembelian! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Exists X Slam di The Star Theatre pada 29 November 2025. Pilih tiket yang sesuai dengan kategori Meet & Greet ($258), Diamond ($168), Platinum ($148), Gold ($128), Gold RV ($108), Silver ($108), Silver RV ($88), yang boleh didapati bermula 26 Mac 2025 di www.sistic.com.sg atau hubungi hotline di +65 6348 5555.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik ini! “Berperang” untuk mendapatkan tiket Exists X Slam sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *