Pertandingan SENHENG Redone Purple League, yang akan diadakan pada Oktober di Stadium Malawati di Shah Alam dengan hadiah wang tunai RM500,000 untuk lapan pasukan yang bertanding, akan menandakan kembalinya Malaysia Purple League dengan penciptaan liga badminton profesionalnya.
Pengumuman rasmi kejohanan edidi keenam pertandingan itu diadakan oleh pihak Malaysia Purple League pada sidang media di Gardens Ballroom, Mid Valley di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran, Pengerusi Eksekutif SENHENG, Lim Kim Heng, Ketua Pegawai Eksekutif redone, Mohammad Farid Yunus dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League, Ho Khek Mong.
Memasuki musim yang keenam, acara utama anjuran Malaysia Purple League (MPL) ini terus kekal relevan bagi memberi ruang buat para pemain professional berkelas dunia untuk beraksi secara kompetitif di dalam format liga selain menerima sokongan padu daripada penyokong, mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat.
Bagi musim baharu ini, lapan pasukan terdiri dari pasukan tempatan dan antarabangsa bakal bersaing untuk merebut takhta kejuaraan SENHENG redONE Purple League yang dijadualkan akan membuka tirainya pada Oktober depan.
Sejak bermula pada 2014, Malaysia Purple League telah Berjaya menarik nama-nama besar untuk beraksi antaranya, Datuk Lee Chong Wei, Chou Tien Chen, Zhao Yunlei, Tai Tzu Ying, Aaron Chia, Soh Wook Yik, Christina Pedersen dan ramai lagi bintang dunia yang pernah menghangatkan liga badminton nombor satu negara. MPL juga memberi sokongan kepada pemain professional seperti Cheam June Wei, Soniia Cheah, Mohd Azriyn, Goh Soon Huat, Shevon Lai.
Pertandingan anjuran MPL juga telah Berjaya menarik penyertaan lebih dari 60 kelab berbanding 20 pada awal saingan selain menjadi platform penting buat para pemain remaja.
Ketua Pegawai Operasi (MPL), Ho Khek Mong berkata, “Untuk kejohanan ini memasuki musim yang keenam adalah satu pencapaian yang membanggakan dan ia bukanlah tugas yang mudah untuk menganjurkan pertandingan berprestij ini. Dengan sokongan daripada peminat, penaja, media dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kejohanan ini telah berada pada kelas yang tersendiri.
Liga ini akan memacu sukan badminton ni negara kita untuk membawa nama Malaysia kembali ke puncak menerusi sukan ini. Untuk edisi kali ini, nama-nama seperti Chou Tien Chen, Nyugen Tien Minh, Terry Hee Yong Kai, Loh Kean Hean, Jessica Tan Wei Han dijangka akan menghangatkan saingan musim ini.
SENHENG telah memainkan peranan dalam memastikan pelbagai aktiviti sukan berfungsi dengan baik sejak awal. Musim keenam SENHENG redONE Purple League akan bermula pada 1 Oktober di Stadium Malawati di Shah Alam dan berakhir pada 9 Oktober di Arena of Stars di Genting Highlands.