PENYANYI rap Zamaera mencabar diri untuk keluar dari zon selesa apabila melancarkan single terbaharu berjudul Big Fish. Acara Queendom Fest, sebuah festival muzik ‘all-female’ yang pertama seumpanya di Malaysia berlangsung di Lalaport. Hasil nukilan Zamaera sendiri bersama penerbit muzik dan DJ asal Kuala Lumpur, Daaliah.
“Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil’” jelas pemilik nama sebenar, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28 tahun.
Sejurus kepulangan Daaliah dari siri jelajah muziknya di Eropah, Zamaera bertemu dengannya lalu berkongsi perasaannya sebagai anak seni di Malaysia yang sudah pun mencapai peringkat siling, luah Zamaera, “Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.
“Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.
Kongsi Daaliah, “Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.
“Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa.
Pelantun lagu ‘Kill My Vibe’ dan ‘Dulu’ ini sebenarnya lebih sibuk berbanding dahulu, katanya, “Pada tahun lepas saya lebih fokus dalam menjayakan festival muzik wanita ‘Queendom Fest’, bekerjasama dengan Tong Tong Asia dan Jln Hackman banyak membuka mata dan juga peluang, saya bersyukur menjadi penerima Dana Kandungan Digital melalui My Creative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.
“Ini merupakan projek pertama saya sebagai penganjur acara dan secara keseluruhannya, ia adalah kemenangan besar dan kami telah berjaya dalam menaikkan dan menyokong kalangan wanita kreatif. Walaupun ia jauh dari sempurna dan banyak pengajaran telah dipelajari sepanjang perjalanan, sejujurnya saya merasakan ia pastinya salah satu pengalaman terbaik yang saya alami dalam hidup setakat ini.
“Menganjurkan sebuah acara dengan 10 orang artis wanita bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perjalanan tersebut mengajar saya keluar dari ‘zon selesa’ yang saling berkaitan dengan keluaran BIG FISH.
“Single BIG FISH turut dipersembahkan ketika acara tersebut walaupun terlebih dahulu diperdengarkan di Axean Festival di Singapura dan sambutannya amatlah memberangsangkan, ramai yang sukakanya dan saya tidak sabar untuk lagu ini dilancarkan secara rasmi!
Sebagai artis bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana label pasti ada cabarannya tersendiri, katanya, “Cabaran terbesar sebagai artis ‘independent’ setakat ini adalah membentuk sebuah pasukan yang jitu, kerana dengan pelbagai projek yang mendatang saya tidak menang tangan.
“Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dengan para profesional berdasarkan sesebuah projek, tapi tidak berpanjangan. Saya seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri tetapi apabila ia berkaitan dengan team saya, saya perlu sangat yakin dengan siapa saya mengamanahkan kerja saya. Walaupun prosesnya mungkin lebih lama, ia benar-benar berbaloi.”
Zamaera turut berkongsi cerita pengalaman bekerja dengan pengarah kreatif video muziknya, katanya, “MV BIG FISH diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan, kami bertiga (termasuk Daaliah) berhempas pulas memerah idea sehingga tidak tidur malam, kerana segalanya kami lakukan sendiri dan mahukan yang terbaik untuk peminat. Hafreez atau lebih dikenali sebagai @freezforshort di Instagram, mempunyai pendekatan hebat menggayakan dua artis itu bersama semua pereka fesyen Malaysia yang terdiri daripada Kittie Yiyi, Amanda Brown, Behati, Uzair, S7WNZ. “Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami di Kloe Hotel dan Shuang Xi kerana menjadi penaja tempat rasmi untuk penggambaran video muzik kami dan kerana mempercayakan visi kami untuk menjadi nyata”.
Apa yang lebih menarik ialah kerjasama jenama dengan Vuse Street Covers, platform antarabangsa yang menonjolkan artis tempatan seperti saya dalam usaha memecah sempadan. “ Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan. Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.
Di tanya apa yang kita boleh jangkakan dari Zamaera dalam tahun 2024, jawabya dengan teruja: “Saya bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga Queendom Fest 2.0! Bersedia untuk muzik baharu dan era baharu Zamaera”. Bagi Daaliah, “Sudah tentu lebih banyak muzik baharu (akhirnya) dan rancangan baharu di bandar baharu yang belum pernah saya kunjungi sebelum ini”.
Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera.
‘BIG FISH’ kini tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes.