Pada 27 Februari, Vivo telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya, Vivo Y100 5G, di Brick Studio, Sunway Damansara. Telefon ini menampilkan beberapa peningkatan teknologi yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Vivo Y100 5G menggunakan 8-core CPU dan chip Snapdragon 4 Gen 2 serta menggunakan Operating System (OS) vivo iaitu Funtouch OS 14. Ia mempunyai 8GB RAM yang boleh ditambahbaik dengan tambahan 8 GB RAM dan menjadikan ia 16 GB RAM.
Telefon pintar ini juga menggunakan 6.67-inch 120 Hz Ultra Vision AMOLED Dotch Display dan ditambah dengan 300% Volume Audio serta Dual Stereo Speaker untuk menjadikan telefon ini sebagai sebuah panggung wayang mini.
Dengan bateri yang mempunyai 5000 mAH serta FlashCharging, ia membolehkan pembeli untuk menggunakannya untuk jangka masa yang lama tanpa menggunakan charger. Ia turut tiba dengan Overnight Charging Protection yang mengikut corak tidur pengguna dan hanya akan charge sehingga 80%. Ia akan sambung sehingga 100% sebelum pengguna bangun dari tidur.
Kamera vivo Y100 5G mempunyai 8MP kamera potrait, 50MP kamera utama, 8MP kamera Ultra Wide Angle dan kamera Flicker Sensor. Ia akan membantu pengguna untuk menangkap gambar dengan lebih cantik, jelas terutama sekali dengan penggunaan Ultra Wide Angle yang memudahkan pengguna untuk menangkap gambar tanpa bergerak ke belakang untuk muatkan objek dalam gambar.
Ia dibuat menggunakan EcoFibre Leather dan menggunakan frame Metalic High Gloss yang memberikan pengguna rupa astetik untuk telefon ini. Leather yang digunakan vivo merupakan satu teknologi baharu yang berfungsi untuk menghalang pelbagai jenis kotoran dan sinaran UV.
Harga Vivo Y100 5G akan bermula dijual pada 28 Februari pada harga RM1199 untuk variasi 8GB+256GB. Pembeli boleh membeli telefon ini di stor konsep vivo, vivo e-store, Shopee, dan Lazada. Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini, kunjungi ke website rasmi, Facebook atau Instagram Vivo Malaysia