Wed. Nov 27th, 2024

    Kerana Ramadan adalah bulan puasa dengan ganda ganjaran, ia kadang-kadang disebut sebagai bulan yang paling sukar dalam setahun. Hasil daripada Ramadan tahun ini, TV9 telah membuat liputan acara Janji Berbaloi 149, yang kini berlangsung di ST Rosyam Mart di Sungai Buloh.

    Tawaran istimewa ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan hanya sah pada 8 April 2023 sahaja. Pek yang bernilai serendah RM1.49 itu mendapat sambutan yang sangat meriah apabila orang ramai sudah mula beratur pada pukul 8.30 pagi hanya untuk mendapatkan kupon. Satu kupon tebusan hanya sah untuk satu keluarga sahaja dan wajib diserahkan ketika membuat pembayaran. Pek yang bernilai hampir RM60.00 itu laris terjual dengan harga yang ditawarkan!

    Selain pembelian pek Janji Berbaloi 149, pengunjung turut berpeluang menemui Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart yang turut menjayakan kempen ini. Kedatangan para selebriti dari rancangan realiti masakan TV9 Dapur Tempur Ra-Ra iaitu juri tetap, Michael Ang turut memeriahkan lagi suasana di ST Rosyam Mart, Sungai Buloh.

    Menurut Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9, “Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini, TV9 berbesar hati ingin meringankan beban penonton dengan menjual barangan dapur, yang bernilai RM60.00 pada harga serendah RM1.49 sahaja. Ini adalah salah satu tanggungjawab serta inisiatif sosial bagi kami di TV9 dalam menyantuni penonton TV9 melalui kempen Janji Berbaloi 149. Pada tahun lepas, kami telah menjual ayam serendah harga RM1.49, dan pada tahun ini dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadapi kenaikan harga barang, kami ingin menjual 13 jenis barangan asas dapur yang berlainan dan harga keseluruhan barang-barang tersebut hanyalah RM1.49 sahaja. Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban penonton untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba”.

    Pek yang ditawarkan oleh TV9 ini merupakan barang-barang yang biasa digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur seperti beras, bawang putih, garam, minyak masak, telur, santan kelapa, tepung gandum, kicap manis, sirap kordial, bawang besar, sos cili, gula dan krimer manis.

    Tawaran harga yang sangat istimewa itu merupakan tanda penghargaan kepada penonton setia TV9. Kolaborasi ini juga merupakan hasil usaha antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima.

    Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my untuk perkembangan terkini tentang program TV9.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *