Tue. Nov 19th, 2024
    CHERAS, 7 Oktober 2023 – Atmosfera yang memukau memenuhi Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur semasa berlangsungnya Perlawanan Amal UNITI dalam rangkaian Karnival Pesta Bola Merdeka 2023. Ia bukan sekadar satu pertemuan sukan biasa, tetapi sebuah acara yang mempromosikan perpaduan menerusi daya tarikan bola sepak.Dalam acara ini, beberapa legenda bola sepak negara bersatu dengan Selebriti dan ahli Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM). Wajah-wajah terkenal seperti Mubik Mokhtar, Nizaruddin Yusof, K Gunalan, Shahrin Majid, Azizon Abdul Kadir, Hardi Jaafar, Shahril Arshad, Ramli Junid, Malek Rahman, Ismail Ibrahim, dan lain-lain telah menyertai.Pasukan Selebriti dan SAM turut memeriahkan acara ini dengan penyertaan pemain-pemain seperti Haji Zainal Abidin Rawop, Abu Bakar Atan, Izhar Hatan, dan ramai lagi.Tidak hanya itu, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut hadir dan beraksi bersama pasukan selebriti/ SAM bagi menambah semarak acara ini. Perlawanan amal ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bersamasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Perlawanan Amal Uniti ini mengambil tema ‘Bola Sepak Menyatukan Kita’, yang bertujuan untuk menggabungkan masyarakat Malaysia melalui penyertaan lagenda bola sepak negara. Ini juga menjadi acara pra-karnival bagi mempromosikan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 – 17 Oktober 2023 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.Karnival Pestabola Merdeka 2023 ini bukan sahaja menawarkan perlawanan bola sepak yang mengujakan tetapi juga pelbagai aktiviti menarik seperti acara larian, berbasikal, kejohanan penalti, kejohanan bola sepak jalanan, persembahan kebudayaan, dan banyak lagi. Orang ramai turut berpeluang untuk menyertai aktiviti ‘Stadium Tour’ sambil merakam kenangan bersama Piala Pesta Bola Merdeka.Jangkaan lebih 100,000 pengunjung dari seluruh negara akan hadir memeriahkan karnival in selama lima hari berlangsung. Semangat patriotik dan semarak perpaduan masyarakat Malaysia yang terpancar melalui sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam dua perlawanan menentang India pada 13 Oktober dan bakal beraksi di perlawanan akhir pada 17 Oktober nanti, memperlihatkan bahawa bola sepak benar -benar memiliki kekuatan untuk menyatukan kita semula.Karnival Pesta Bola Merdeka 2023 adalah acara yang menggabungkan sukan, hiburan, dan semangat perpaduan, membuktikan bahawa bola sepak tidak hanya permainan, tetapi juga jalan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *