Mon. Nov 25th, 2024

    YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah merasmikan majlis Wacana Perpaduan: Mendepani Defisit Sosial bertempat di Bangi Avenue Convention Centre. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Indera Noridah bt Abdul Rahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.

    Wacana ini mengupas tentang isu dan cabaran yang menyentuh soal perpaduan masyarakat (defisit sosial) dan keupayaan mendepaninya dalam era membangun Malaysia MADANI dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan dasar dan tindakan yang lebih tepat dan inklusif dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

    Objektif penganjuran wacana ini adalah bagi memberikan pemahaman tentang isu dan cabaran yang boleh menjejaskan perpaduan serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara dan mengukuhkan perpaduan sebagai asas pembangunan Malaysia MADANI.

    Wacana ini berjaya mengumpul seramai 800 peserta yang terdiri daripada Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Ahli MExUnity, pemimpin agama, ahli akademik, pelajar universiti awam dan swasta, belia, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), guru- guru dan penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan agensi.

    Program Wacana Perpaduan: Mendepani Defisit Sosial ini telah menampilkan barisan panel profesional tanah air dengan membincangkan topik-topik yang menyentuh soal perpaduan iaitu:-

    1. Pemantapan Identiti Nasional melalui etnisiti, agama, bahasa dan gender.
    2. Pengukuhan Integrasi Nasional merangkumi politik federalisme, ruang bandar-desa dan jurang generasi.
    3. Pengukuhan Ekosistem Perpaduan dalam konteks pendidikan, kelas sosial dan media.

    “Kerencaman kaum yang ada dalam negara kita harus dijadikan kekuatan serta simbol perpaduan kepada dunia. Maka, usaha membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan wajar ditingkatkan. Diharapkan kejayaan wacana ini dapat membantu Kementerian Perpaduan Negara mengurus kepelbagaian masyarakat dan budaya dengan lebih bersepadu, berhemah, berintegriti, dan disantuni dengan keputusan yang bijaksana,” ujar Datuk Aaron.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *