Sun. Jul 13th, 2025

Sempena ulang tahun ke-3, Lotus’s Malaysia memperkenalkan kempen Kongsi Ceria 2025, satu inisiatif istimewa yang bukan sahaja memberi ganjaran menarik kepada pelanggan setia, malah menyuntik nilai kemasyarakatan melalui sokongan kepada kanak-kanak yang menghadapi cabaran perkembangan dan pembelajaran.

Berlangsung dari 8 Mei hingga 4 Jun 2025, kempen ini menyatukan elemen diskaun hebat, ganjaran eksklusif buat ahli My Lotus’s dan peluang untuk memberi kembali kepada masyarakat. Pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 50% untuk lebih 840 barangan di semua cawangan Lotus’s seluruh negara termasuk platform dalam talian seperti Lotus’s Shop Online, Shopee, Lazada, foodpanda dan Grab.

“Ulang tahun ketiga ini amat bermakna bagi kami. Justeru, kami ingin berkongsi kegembiraan ini bersama pelanggan yang telah bersama kami sejak permulaan,” kata Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

Kempen ini turut menyajikan pelbagai tawaran istimewa untuk ahli My Lotus’s, termasuk:

  • Peraduan Kongsi Ceria Beli & Menang: Belanja minimum RM80 dalam satu resit untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM120,000 termasuk motosikal Yamaha dan telefon pintar Samsung.
  • Baucar RM6 Percuma: Dengan setiap pembelian minimum RM80, pelanggan layak menerima baucar tunai.
  • Bonanza Mata Ganjaran: Kumpul tiga kali ganda mata ganjaran dari 26 hingga 29 Mei.

Pelanggan juga boleh menikmati promosi Beli 1 Percuma 1, serta “Tawaran Gila” eksklusif dari Isnin hingga Khamis. Penjimatan besar turut ditawarkan untuk pelbagai kategori termasuk produk bayi, makanan beku, barangan dapur, minuman dan jenama Lotus’s sendiri.

Sebagai tambahan kepada promosi hebat, sebanyak 23 pasar raya besar Lotus’s akan menganjurkan aktiviti interaktif dan pertandingan di ruang acara khas Ceria-Yah, disertai 20 jenama popular seperti Milo, Nescafe, Skintific dan Maggi. Tujuh Lotus’s Mall terpilih juga akan menjadi lokasi untuk jelajah jenama-jenama seperti Mamee, Lactogrow dan Kyo bagi memeriahkan lagi suasana beli-belah.

Menjunjung semangat #KitakanJiran, Lotus’s memperkenalkan Dana Kongsi Ceria, satu usaha untuk menyumbang 0.5% hasil jualan daripada barangan jenama Lotus’s kepada 700 kanak-kanak yang memerlukan terapi khas dan rawatan lanjutan. Antara jenama terlibat termasuk Value, Aliv, Cute & Care, NaxNax dan OralPro.

Sumbangan ini akan disalurkan kepada pusat-pusat pemulihan seperti Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia), yang aktif dalam menyediakan sokongan kepada keluarga yang menjaga anak-anak dengan kecacatan kompleks.

Kempen telah dimulakan dengan pelancaran rasmi di Ibu Pejabat Lotus’s yang menyaksikan kehadiran istimewa 15 orang kanak-kanak daripada dua organisasi tersebut bersama penjaga dan wakil media dalam suasana yang penuh kasih sayang dan inspirasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Kongsi Ceria 2025, layari laman Facebook rasmi Lotus’s Malaysia di facebook.com/LotussMalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *