Fri. May 23rd, 2025

Balai Berita, Bangsar, menyaksikan satu majlis Hari Raya yang penuh meriah dengan berlangsungnya acara Dapur Panas Digital yang dianjurkan oleh TV3 dan Alternate Records. Majlis yang mendapat sokongan padu daripada F&N sebagai penaja utama dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi ini telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk pengurusan Media Prima, F&N, Pepper Labs, serta pasukan Dapur Digital dan para artis naungan Alternate Records.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari beberapa artis terkenal seperti Marygrace, Kai Deva, Mariam, Zazzleen, Ameerais, Suara, Zizi Safira, dan Wanie Ooi. Selain itu, selebriti terkenal Media Prima yang turut memeriahkan suasana termasuklah Mior Malek Raiyani, Amirulhakim Lokman, Fariha Onn, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Rena Hazrena, Fahmi Izzudin, dan Asrulnizam Kadir. Kehadiran mereka menambah seri dan kegembiraan dalam sambutan Raya yang penuh warna-warni ini.

Salah satu tarikan utama yang mencuri perhatian para tetamu adalah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh peserta Dapur Digital Kerinchi, Puan Masri Binti Md Husin, menggunakan produk F&N. Aktiviti interaktif ini bukan sahaja mempereratkan hubungan antara tetamu, tetapi juga membawa elemen nostalgia kepada semua yang hadir.

Juga, sajian istimewa yang disediakan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi telah menjadi tumpuan utama dalam majlis tersebut. Menu yang disajikan termasuk nasi tomato, mi kari, popia karbonara, puding karamel, agar-agar sirap, sirap bandung, dan teh tarik – semuanya menggunakan produk F&N seperti Krimer Manis dengan Kalsium dan Krimer Sejat Penuh Krim Ideal. Minuman segar 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO turut menjadi pelengkap hidangan, menyegarkan semua yang hadir.

Majlis ini juga menandakan berakhirnya kempen Dapur Panas Digital, sebuah inisiatif kerjasama antara TV3 dan Pepper Labs, dengan sokongan daripada F&N. Kempen ini bertujuan memperkasakan wanita B40 khususnya usahawan dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan memberi mereka peluang untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan. Mereka diberi ruang untuk menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Kg Baru, Bangsar Baru, dan Wangsa Maju. Semua hidangan yang dijual menggunakan produk F&N dan minuman rasmi kempen iaitu 100PLUS ACTIVE serta 100PLUS ZERO.

Kehadiran selebriti Media Prima seperti Fiza Sabjahan, Rena Hazrena, Fatin Hamimah, Nurin Ramzyn, Fariha Onn, dan Nabilah Wazer turut menceriakan suasana di tapak bazar, mengundang ramai pengunjung untuk menyokong para usahawan tempatan.

Bagi mereka yang ingin melihat perjalanan inspirasi para wanita hebat ini, kandungan digital kempen ini boleh ditonton di media sosial rasmi TV3. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan segmen khas Dapur Panas Digital dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin, 28 April 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *