Fri. Nov 15th, 2024

    Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan ini, yang dipenuhi dengan kegembiraan, kesyukuran, dan keberkatan, amat bermakna kerana ia menawarkan kita peluang untuk berkembang secara peribadi, untuk memupuk persahabatan dan perpaduan antara pelbagai kumpulan, serta meraih beberapa faedah. Mesej itulah yang ingin kami sebarkan melalui kempen Seindah Kasih pimpinan Media Prima.

    Tahun ini, Media Prima Berhad memperkenalkan tema Seindah Kasih yang akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OH BULAN!, Seismik,  Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

    Setiap dugaan dan cabaran akan dibalas dengan pahala bagi setiap umat Islam yang bersabar dan redha dengan keadaan yang telah ditakdirkan oleh Allah. Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda. Mari kita sama-sama bersedekah secara ikhlas dan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan yang lebih memerlukan.

    Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

    Hari ini, kempen Seindah Kasih dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy, dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Fedtri Yahya, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Dato’ Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.

    Program selama satu jam ini memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton, WOW Shop dan Harian Metro serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

    SHAH ALAM 18 MAC 2023. Pengurus Besar Kanan dan Pengurusan Kandungan Siaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Nazri (tiga dari kanan) bersama Pengurus Besar Pengurusan Kandungan TV9, Khairuninisa Kamarulzaman (tengah) dan Ketua Pegawai Operasi Wowshop, Norashikin Habibur Rahman bersama barisan pelakon dan penyanyi pada sidang media kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima sempena Ramadan Raya 2023 di Studio Ntv7. STR/GENES GULITAH

    Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Roadshow

    Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40.

    Tonton

    Menerusi kempen Seindah Kasih, eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia menampilkan Tonton Original: Seindah Kasih The Movie lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul yang bakal bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih  yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.

    TV3 & TV9

    TV3 dan TV9 menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Shopee kembali di bulan Ramadan ini dengan rancangan yang diberikan nafas baharu iaitu ‘Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang’. Pastikan temujanji anda menonton program konsep baharu yang bakal menghiasi malam Ramadan anda pada 4 April ini bermula pukul 9.00 malam hingga 10 malam hanya di TV3 dan Shopee LIVE.

    WOW Seindah Kasih Ramadan

    WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seindah Kasih Ramadan” untuk persiapan Pra-Ramadan – Raya anda! Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai. Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.

    Titipan Kasih Harian Metro (TKHM)

    Titipan Kasih Harian Metro atau TKHM  merupakan salah satu inisiatif Harian Metro untuk menyantuni masyarakat dan pembaca yang sentiasa menyokong akhbar Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia ini. TKHM juga merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan termasuk keluarga-keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, rumah-rumah kebajikan, mangsa bencana alam dan sebagainya. Ditubuhkan pada tahun 2007, TKHM bermatlamat membantu golongan terjejas tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Untuk maklumat lanjut layari www.hmetro.com.my/titipankasih

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeindahKasih untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *