Tue. Oct 8th, 2024

    GGR Motor (M) Sdn Bhd terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan inisiatif yang berterusan untuk mewujudkan mobiliti lestari. Pelancaran Skim Insentif Motosikal Elektrik pada Disember 2023 adalah langkah terkini yang penting dalam mempercepat penggunaan EV di Malaysia.

    Dibawah pimpinan Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi (Dekmat) dan Prof Dr. Nizar Abdul Jalil, GGR Motor telah mencapai kejayaan gemilang dengan menjual 100 motosikal elektrik dalam masa hanya 2 hari. Kejayaan ini mencerminkan permintaan yang kukuh di pasaran tempatan dan memberi sokongan kepada insentif kerajaan untuk mendorong penggunaan EV.

    Komitmen GGR Motor terhadap kelestarian alam dan pengurangan emisi karbon adalah inti nilai mereka. Penggunaan EV tidak hanya memberi manfaat dalam penjualan kenderaan, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada kebersihan udara dan mengurangkan pencemaran alam. Namun, walaupun mencapai kejayaan yang membanggakan, GGR Motor tidak berpuas hati. Dengan matlamat berani untuk menjual 5000 unit dan mencapai pendapatan jualan RM50,000,000.00 menjelang Disember 2024, GGR Motor tidak hanya mendorong penjualan, tetapi juga merangsang pertumbuhan industri pekerjaan berkemahiran dalam sektor EV dan teknologi hijau.

    Sebagai syarikat berpangkalan di Malaysia dengan cawangan di Damansara dan Johor Bahru, GGR Motor bertekad untuk terus memperkukuhkan kerjasama industri dan memacu revolusi EV ke tahap yang lebih tinggi. Dalam usaha yang unik, GGR Motor menjalin kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) untuk melantik ikon budaya sebagai duta jualan bagi motosikal elektrik mereka. Langkah ini memberi peminat dan bakal pembeli akses yang lebih mudah kepada produk GGR Motor.

    GGR Motor bukan sahaja menjadi pemangkin perubahan, tetapi juga menentukan masa depan mobiliti Malaysia. Malaysia, era elektrik sudah di hujung jari, dan GGR Motor bersedia membawa anda ke arah perubahan tersebut. Inilah ‘Ubah’ yang sebenar dalam masa depan mobiliti negara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *