Mon. Nov 25th, 2024

    Rekod cemerlang ditunjukkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang memerintah Selangor memberi keyakinan buat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras untuk mempertahankan kerusi kawasan itu.

    Mohd Khairudin Othman yang juga penyandang DUN tersebut berkata, pelbagai inisiatif merangkumi seluruh aspek termasuk pendidikan, sukan dan kesihatan telah dilaksanakan untuk rakyat Selangor.

    “Daripada segi persiapan, kita sudah bergerak sebulan lalu dengan mendekati masyarakat. Saya yakin Selangor dapat dikekalkan dengan pemerintahan kerajaan sedia ada termasuk di Paya Jaras.

    “Diharap penyokong dapat terus memberikan sokongan supaya dapat kekalkan pembangunan yang dibawa HARAPAN di Selangor,” katanya ditemui selepas penamaan calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Sungai Buloh, Shah Alam di sini hari ini.

    Kerusi DUN Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi pilihan raya negeri 12 Ogos ini antara Mohd Khairudin, Datuk Dr Halim Tamuri(Perikatan Nasional) dan Nurhaslinda Basri( Bebas).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *