Sat. Nov 23rd, 2024

    Petaling Jaya, 15 November 2023 – Dapur tempur kembali lagi dengan musim terbaru, yang akan menarik hati penonton dirumah. Program memasak yang terkenal ini akan mendebarkan dengan gelagat selebriti baru yang hadir. Selebriti pertama dalam episod pertama iaitu Achey dengan isteri, Anne bakal menentang Ain Edruce dengan suaminya Amirul. Jadi, siapakah yang bakal mendapatkan takhta juara di episod pertama dan mendapatkan wang tunai sebanyak RM1,000?nantikan episode terbaru dapur tempur selebriti di kaca tv anda.

     

    Nantikan selebriti kegemaran anda bertempur di Dapur Tempur Selebriti yang akan bersiaran bermula pada 18 November 2023 ini, setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam selama satu jam di TV9. Penonton juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

     

    Kedua-dua pasangan selebriti ini terkenal dengan personaliti mereka yang sering membuatkan penonton tak kering gusi. Pasangan episod pertama kali ini tampil dengan nama kumpulan yang juga mencuit hati, 50-50 (Ain Edruce & Amirul) dan Mok Strong (Achey & Anne). Gelagat mereka beraksi di dapur lebih menghiburkan kerana mereka tidaklah begitu mahir dalam bidang masakan sehingga menyebabkan dapur berasap dan sudip yang digunakan menjadi cair. Agak-agak, pasangan manakah yang menimbulkan huru-hara ini? 

    Ain Edruce tampil berkeyakinan kerana dia mendakwa dirinya pandai memasak dan hari-hari ada menu baharu untuk suaminya. Ada sebarang strategi atau rahsia ke? Ain Edruce berkongsi, “Alhamdulillah saya dah praktis seminggu sebelum sertai Dapur Tempur Selebriti. Setiap malam saya dah masakkan untuk suami saya, Amirul.” Berjayakah Ain Edruce dan Amirul tempuh segala cabaran yang diberi? 

     

    Achey juga tidak mengalah dan berkongsi pengalamannya di dapur dengan mengatakan, “Saya tidak kisah orang ragu-ragu dengan saya kerana di rumah memang saya yang sediakan barang-barang prep dan saya juga yang membeli barangan memasak yang lain.”

     

    Dapur Tempur Selebriti kali ini menampilkan tema yang berbeza berbanding edisi Dapur Tempur & Dapur Tempur Ra-Ra sebelum ini. Kebiasaannya, Dapur Tempur menguji peserta untuk menyediakan menu masakan Melayu tetapi untuk edisi kali ini, setiap pasangan perlu menyediakan hidangan bertemakan masakan barat.

     

    Dapur Tempur Selebriti tidak lengkap tanpa cabaran dan cabaran pertama untuk episod pertama Dapur Tempur Selebriti ialah cabaran ‘Misteri Ke?’. Cabaran ini memerlukan setiap pasangan menggunakan bahan misteri yang telah dipilih. Mereka perlu untuk menambah baik atau improvisasi hidangan mereka dengan masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja. Jadi, pasangan manakah yang lebih handal menunjukkan skil di dapur? Bolehkah mereka menerima komen-komen pedas daripada juri Michael Ang dan Cef Naem? 

     

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan. Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod 1 dan 2. 

    Ayuh saksikan Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, mulai 18 November, setiap Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

     

    Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *