Sat. Jul 27th, 2024
    Antara peserta yang menyertai ANITA Nation Ride Kibaran Jalur Gemilang 2022

    Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1984–1987) dan Menteri Kewangan dari 1976-1984.

    Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

    Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.

    Beliau merupakan ahli parlimen Gua Musang, Kelantan atau lebih dikenali sebagai Ketua UMNO Gua Musang. Program kembara jalur gemilang ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada YBM Tengku Razaleigh Hamzah bersama aktiviti kemasyarakatan kembara jelajah kemanusiaan yang akan bermula pada 18 Ogos di seluruh Malaysia. Antara lokasi sambutan diadakan ialah di Gua Musang, Perak dan lain-lain serta akan berakhir pada 25 Ogos 2022.

    Majlis perasmian konvoi kibaran jalur gemilang ini dimulai dengan acara pelepasan yang disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh di kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur. Konvoi akan berlepas ke Gua Musang bagi acara seterusnya di Gua Musang pada 19 Ogos ini.

    Acara ini disempurnakan oleh YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim (Ahli Dewan Undangan Negeri Galas), YB Haji Ab Aziz bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri), YB Haji Amran bin Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh).

    Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan di Gua Musang ini iaitu Aktiviti Sumbangan Warga Asnaf Veteran Angkatan Tentera dengan sumbangan bantuan barangan keperluan. Antara aktiviti lainnya ialah lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Gua Musang serta menikmati menu-menu masakan warisan yang terbaik di sana. Para peserta juga berpeluang menikmati panorama indah di Gua Neon dan di Gua Musang semasa sesi lawatan.

    Selain rombongan Anita Nation Ride yang bertemakan kempen ‘Safe Ride Go Green’, bantuan kemanusiaan turut menyertai lawatan ke kawasan menarik dan bersejarah di Gua Musang. Antara tempat yang dilawati ialah Gua Neon dan Gua Musang sambil menikmati pelbagai jenis makanan di Gua Musang.

    Peserta konvoi juga terlibat menyertai acara bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seberang Keluarga Malaysia bagi sambutan bulan kebangsaan dengan aktiviti yang menyuntikkan motivasi bersama pelajar di sekolah ini. Aktiviti jelajah akan berakhir pada 25 Ogos di Jazz Ampang 103 dirasmikan oleh Dato’ Nik Ahmad Azmi bin Nik Md. Daud dengan aktiviti sambutan bersama pengunjung dan kumpulan motosikal serta persembahan hiburan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *