Sat. Jul 27th, 2024

    Amir Masdi semakin mengekalkan popularitinya dengan menampilkan showcase jelajah album yang menarik perhatian di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September yang lepas. Acara tersebut disertai lebih daripada 600 peminat yang datang dari serata negeri, semua dalam usaha untuk merasai momen yang epik.

    Amir, yang usianya baru 27 tahun dan dikenali dengan nama sebenar Amir Syazwan Masdi, telah mengagumkan peminatnya dengan persembahan ‘A Class’ yang penuh semangat. Beliau menghiburkan dengan membawakan 21 lagu, termasuk lagu-lagu dari album terbarunya, serta hit-hit lama dan lagu-lagu popular daripada artis-artis terkenal lain.

    Prestasi Amir yang luar biasa tidak hanya mengasyikkan penonton tetapi juga mencipta kenangan indah. Bagi yang belum menghadiri showcase ini, ada berita baik! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam konsert yang akan datang, di mana anda juga boleh merasai pengalaman unik ini bersama Amir Masdi.

    “Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka.

    “Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat. Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

    “Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama. Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

    Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

    Berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

    Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lengkap persembahan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

    “Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari sesame ke semasa,” katanya.

    Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka.

    “Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *