Sat. Feb 24th, 2024

    Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) telah mengadakan Klinik Didik di tiga lokasi pada 2 September di Universiti Putra Malaysia, Serdang; 9 September di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar; dan 16 September di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Lebih 200 calon Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyertainya.

    Sambutan terus menerus yang diterima daripada calon, ibu bapa serta sekolah, membuatkan Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) nekad meneruskan Klinik Didik untuk menyuntik semangat dan memberi galakan kepada calon-calon yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Klinik Didik SPM yang kedua bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 bertempat di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar.  

    Menerusi Klinik Didik ini, para pelajar berpeluang untuk mendengar dan berinteraksi dengan guru-guru berpengalaman yang luas dalam bidang mata pelajaran wajib lulus seperti Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Sejarah. Ada antara guru-guru terlibat merupakan penyampai DIDIKTV KPM, Ikon Pendidikan Kebangsaan, guru-guru pakar  dan tenaga pengajar utama di Selangor. 

    Semasa Klinik Didik berlangsung, para pelajar diberi pelbagai jenis soalan ulang kaji PKSK dan SPM, teknik menjawab soalan peperiksaan, bagi menyuntik semangat jati diri untuk  persediaan menghadapi peperiksaan, panduan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi semasa peperiksaan. 

    Turut dikongsikan maklumbalas daripada ibu bapa setelah anak-anak mereka menyertai Klinik Didik PKSK dan Klinik Didik SPM yang lalu.

    Kepada calon pelajar SPM yang belum sempat menyertai Klinik Didik ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar di www.buletintv3.my/klinikdidik kerana pelbagai manfaat dapat diperolehi menerusi Klinik Didik SPM ini dan atur strategi peperiksaan anda bersama Klinik Didik SPM yang akan datang di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar pada 28 Oktober 2023. 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *