Tue. Oct 8th, 2024

    Pada 7 Oktober 2023, tarikh yang ditunggu-tunggu, Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam, menyaksikan puncak kemeriahan Festival Ummah Mega Haflah yang luar biasa. Festival ini dianjurkan serentak dengan perayaan 22 Rabiulawal 1445H, dan ia menjadi titik tumpuan yang mendapat perhatian luar biasa.

    Acara megah ini adalah anjuran Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat, pengasas #MyInfaqIhsan dan #SweetTalkKeSyurga. #MyInfaqIhsan memberikan peluang kepada semua untuk terlibat dalam kerja-kerja kebajikan, manakala #SweetTalkKeSyurga membuka pintu kepada dakwah yang mendalam.

    Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,

    1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022,
    2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022,
    3. Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023),
    4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),
    5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),
    6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),
    7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
    8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
    9. Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)
    10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

    Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai, dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.

    Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-              quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

    Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

    Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

    Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.

    Sekian, terima kasih.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *