Thu. May 30th, 2024

    Abdul Rahman Abidin
    Kampung Parit Serong
    Umur 77 tahun

    Telah mengalami masalah lutut selama lebih dari 4 hingga 5 tahun. Pakcik berusaha dengan pelbagai pendekatan terapi.

    Syukur Alhamdulillah pada malam rawatan ketika itu hujan gerimis penuh rahmat bersama Dato Dr Zulkafperi atau dikenali Dr Zul suatu keajaiban sehingga menitis dan mengalir air mata Pakcik kerana sakit yang di alami yang begitu lama telah sembuh dengan keajaiban Allah s.w.t dengan kaedah rawatan Dr Zul.

    Kepakaran yang ada pada Dr Zul di gunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Dr Zul bukan biasa-biasa dalam diam kerna mempunyai bakat dan kepakaran yang amat diperlukan oleh semua penduduk dan rakyat selain sebagai seorang pemimpin yang hebat.

    Ketika rawatan Pakcik dan orang yang hadir amat terkejut kerna beliau dapat duduk bersila melipatkan kaki dan mengangkat kaki. Di saat itu lah riak wajah Pakcik amat gembira sehingga menitis air mata tanda Syukur kepada Ilahi. Allahu Akbar.

    Pakcik sangat tersentuh hati dan berterima kasih sangat kepada Dr Zul kerna dengan izin Allah s.w.t Pakcik dapat merasai perubahan yang begitu cepat dan ajaib dengan menggunakan kaedah rawatan pakar Dr Zul.

    Pakcik dan isteri beliau menunggu 3 hari untuk berjumpa Dr Zul dan rezeki malam 14 Nov 2022 akhirnya dpt berjumpa dan menerima rawatan.

    Walaupun dengan kesibukan berkempen atas Parti Perikatan Nasional namun tekad untuk membantu penduduk Tanjong Karang tetap menjadi pilihan hati Dr Zul.

    Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang sepatutnya di dahulu kan. Jika kita sihat maka semua Pekerjaan seperti beribadah, berniaga, bersukan dan pelbagai aktiviti dapat di laksanakan dengan baik. Tunai kan hak ke atas tubuh badan kamu agar senantiasa dapat melaksanakan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

    Muenah binti Salleh
    Kampung Parit Serong
    Umur 68 tahun

    Mengalami masalah lutut. Sebelum nie telah menerima rawatan dari Dr Zul di lutut kaki kanan. Dalam 12 suntikan pada lutut makcik yang di rawat oleh Dr Zul sendiri. Perbezaan amat ketara sebelum dan selepas. Bak kata makcik seperti MAGIC katanya.

    Kini makcik hadir dengan wheelchair untuk menerima rawatan di lutut kaki sebelah kiri pula.

    Alhamdulillah dapat berdiri dan berjalan sedikit.

    Dalam masa yang sama juga makcik membawa suami beliau untuk pertama kali menerima rawatan yang sama.

    Alhamdulillah kini makcik amat bersyukur di atas perubahan kesihatan. Beliau hadir dan datang berjumpa Dr Zul atas saranan kawan-kawan kerna Dr Zul adalah Doktor Pakar Prolotherapy.

    Ini lah PEMIMPIN yang perlu kita ada di kalangan masyarakat terutama kawasan Parlimen Tanjong Karang.

    Kebaikan dan Manfaat kepada sesama insan dan khidmat sebagai seorang pemimpin perlu dibuktikan dengan perlaksanaan yang istiqomah.

    Masa depan Tanjong Karang bergantung kepada pengundi² yang ada di Tanjong Karang. Jika mahu kan perubahan dan pembaharuan maka Dr Zul adalah pilihan yang tepat dan amat sesuai.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *