Wed. Feb 28th, 2024

    Co-opbank Pertama (CBP) menyantuni pelajar-pelajar masyarakat orang asli di Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A) di Dengkil menerusi Program Sekolah Ceria Aspirasi Diri (Serasi), baru-baru ini.

    Menerusi program tersebut, Anggota Lembaga, Pengurusan Kanan dan juga wargakerja CBP turut serta dalam aktiviti mengecat dan sukaneka bersama guru[1]guru dan juga pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

    Pengerusi CBP, Datuk Baharom Bin Embi berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini yang diadakan ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat CBP kepada masyarakat yang banyak memberi sokongan kepada institusi perbankan itu selama ini.

    “Program ini merupakan di bawah inisiatif CB-Pendidik dan juga CB-Proaktif di mana menerusi inisiatif ini, beberapa program yang melibatkan bidang pendidikan dan juga alam sekitar telah dirancang sepanjang tahun 2023.

    “Selain itu, sumbangan ini juga dapat membina satu ikatan yang akrab di dalam masyarakat dan memupuk sikap saling menyayangi dan selari dengan prinsip CBP Prihatin terhadap Komuniti,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

    Selain itu, sumbangan ini juga juga dapat membantu dan menggalakkan kehadiran para pelajar ke sekolah dengan keadaan sekolah yang ceria dan bersih.

    Datuk Baharom turut berkata, CBP telah menyusun beberapa program CSR di seluruh negara yang melibatkan sektor pendidikan, usahawan, alam sekitar dan masyarakat yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara yang melibatkan semua cawangan CBP.

    “CBP mengharapkan agar dengan aktiviti-aktiviti CSR ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, sumbangan kecil ini dapat membawa keberkatan kepada perniagaan CBP,”katanya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *