Shaz, nama sebenarnya Shazreen Shaharum, memulakan kerjayanya dengan hit pertamanya, ‘Dingin Jiwa. Lagu bergenre balada ini diilhamkan daripada nukilan Senna, komposer muda yang turut mencipta lagu ‘Kembali Terang’ nyanyian Marsha dalam AJL 37.
Shaz semakin dikenali ramai sejak menjadi finalis program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 kerana berjaya meraih persembahan terbaik bagi segmen ‘Terpaling Padu Minggu Ini’ sebanyak 3 kali . Minat Shaz terhadap nyanyian begitu mendalam dan telah berjinak-jinak dengan pertandingan nyanyian sejak usia 4 tahun lagi sehingga akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Muzik di UPSI.
Menurut Shaz, “Lagu Dentingan Jiwa ini menggambarkan tentang perasaan seseorang yang kecewa dan sukar untuk melupakan orang yang dicintai. Menerusi lagu ini, saya berharap pendengar yang berhadapan dengan kekecewaan kerana cinta mereka tidak dihargai supaya terus tabah mengharungi kehidupan ini. Semestinya berhadpaan dengan situasi yang sukar, jangan anggap diri ini lemah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semestinya kebahagian bakal dikecapi nanti.”
Lagu Dentingan Jiwa merupakan runut bunyi kepada drama bersiri 15 episod, Serpihan Sayang yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini merupakan kisah yang bergenre seram psikologi dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk dengarkan Dentingan Jiwa di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.
Turut disertakan adalah lirik lagu Dentingan Jiwa:
Artis : Shaz
Penulis Lirik : Senna
Komposer : Senna
Kemana kakiku melangkah
Kau selalu membayangi
Mendekap Ku enggan berpaling
Sejauh mana ku berlari
Tak mampu ku sembunyi
Namamu menghujam di nadi
Salahkah bila jiwa ini
Tiada lagi disini
Memeluk luka yang terperih
Bersemadi dalam hati
Tlah ku coba untuk temukan
Sinar untukku pulang
Masihkah tercipta harapan?
Tlah ku coba untuk temukan
Sinar untukku pulang
Masihkah tercipta harapan?
Salahkah bila jiwa ini
Tak lagi ku temui
Memeluk luka yang terperih
Bersemadi dalam hati
Dentingan waktu sedarkanku
Dari semua keliru
Jika memang ini suratan
Hati ini tak kan bisa
Lepaskan….