Sat. Jul 27th, 2024

    Dengan pelancaran single sulungnya, “Dingin Jiwa,” Shaz, nama sebenarnya Shazreen Shaharum, membuat penampilan sulungnya. Senna, komposer muda yang turut menulis lagu “Kembali Terang,” yang dinyanyikan Marsha dalam AJL 37, dipetik dalam ciptaan balada ini.

    Shaz semakin dikenali ramai sejak menjadi finalis program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 kerana berjaya meraih persembahan terbaik bagi segmen ‘Terpaling Padu Minggu Ini’ sebanyak 3 kali . Minat Shaz terhadap nyanyian begitu mendalam dan telah berjinak-jinak dengan pertandingan nyanyian sejak usia 4 tahun lagi sehingga akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Muzik di UPSI.

    Menurut Shaz, “Lagu Dentingan Jiwa ini menggambarkan tentang perasaan seseorang yang kecewa dan sukar untuk melupakan orang yang dicintai. Menerusi lagu ini, saya berharap pendengar yang berhadapan dengan kekecewaan kerana cinta mereka tidak dihargai supaya terus tabah mengharungi kehidupan ini. Semestinya berhadpaan dengan situasi yang sukar, jangan anggap diri ini lemah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semestinya kebahagian bakal dikecapi nanti.”

    Lagu Dentingan Jiwa merupakan runut bunyi kepada drama bersiri 15 episod, Serpihan Sayang yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini merupakan kisah yang bergenre seram psikologi dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi.

    Jangan lupa untuk dengarkan Dentingan Jiwa di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.

    Turut disertakan adalah lirik lagu Dentingan Jiwa:

    Artis              : Shaz

    Penulis Lirik : Senna

    Komposer     : Senna

    Kemana kakiku melangkah

    Kau selalu membayangi

    Mendekap Ku enggan berpaling

    Sejauh mana ku berlari

    Tak mampu ku sembunyi

    Namamu menghujam di nadi

     Salahkah bila jiwa ini

    Tiada lagi disini

    Memeluk luka yang terperih

    Bersemadi dalam hati

    Tlah ku coba untuk temukan

    Sinar untukku pulang

    Masihkah tercipta harapan?

    Tlah ku coba untuk temukan

    Sinar untukku pulang

    Masihkah tercipta harapan?

    Salahkah bila jiwa ini

    Tak lagi ku temui

    Memeluk luka yang terperih

    Bersemadi dalam hati

    Dentingan waktu sedarkanku

    Dari semua keliru

    Jika memang ini suratan

    Hati ini tak kan bisa

    Lepaskan….

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *