Thu. Feb 22nd, 2024

    Sukar untuk menentukan sama ada pertemuan hanya satu pertemuan atau suratan. Mampukah Tuan Putra Anaqi membalikkan nasibnya setelah sekian lama isterinya menyepi dengan kemunculan Bunga Zinnirah? Segalanya akan diterangkan dalam drama bersiri terbaru Wanita Milik Tuan Putra yang akan disiarkan di Akasia TV3 mulai 21 Oktober 2022 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam dan disiarkan secara langsung di www.tonton.com.my

    Wanita Milik Tuan Putra ini diinspirasikan daripada novel Wanita Milik Tuan Putra, karya Aunie Ayunie diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama bersiri 28 episod, arahan Shuhaimi Zulkefli ini menampilkan barisan pelakon tanah air seperti Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Natasya Mahyan dan ramai lagi.

    Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

    Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

    Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Wanita Milik Tuan Putra menerusi slot Akasia mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *