Sun. Jun 23rd, 2024

    Dalam Konsert Sifu Dan Aku, penonton dapat mengharapkan persembahan yang merentasi genre dan gaya muzik, merentangkan kreativiti Dato’ M Nasir dan Dato’ Hattan. Gabungan budaya Nusantara akan mewarnai acara ini, memperkaya pengalaman muzik yang akan dihadiri oleh penonton Sabah.

    Konsert ini adalah gabungan pertama yang menampilkan guru dan murid yang sudah berjaya dalam bidang seni suara selama lebih 38 tahun. Dato’ M Nasir, yang dikenali sebagai Sifu, adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit yang sudah menghasilkan banyak karya hingga menjadi ikonik dalam dunia muzik Nusantara. 

     

    Dato’ Hattan, yang dikenali sebagai muridnya, adalah seorang penyanyi yang juga banyak merakamkan lagu-lagu yang menjadi kegemaran ramai hingga kini.

     

    Dato’ M Nasir berkata, dia menganggap Konsert Sifu Dan Aku ini sebagai satu cabaran.

     

    “Saya anggap persembahan ini satu cabaran memandangkan hubungan saya dan Dato’ Hattan sudah lama. Dia menyerlah bakatnya selepas menyanyikan lagu-lagu saya dan kiranya menjadi anak buah saya dalam penerbitan dunia rakaman,” katanya.

     

    Menurutnya, keunikan konsert ini terletak pada gandingan mereka berdua pada satu pentas dan persembahan berskala besar.

    “Selepas sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami berada di satu pentas yang penonton akan melihat terbuktinya kombinasi kami. Saya pasti peminat di Sabah menantikan konsert ini,” katanya.

     

    Sementara itu, Dato’ Hattan berkata, konsert ini adalah penceritan daripada awal karier hingga ke konsert ini. 

     

    “Daripada mula saya berguru dengan Dato’ Nasir, belajar terbit lagu, menyanyi dan semua dari zaman dulu. Kiranya, konsert ini adalah klimaks pada perguruan saya bersama beliau. 

     

    “Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu memori indah untuk karier seni saya kerana kita satu pentas bersama di dalam satu konsert yang ditujukan khas Sifu Dan Aku. Jadi, pada malam itu kami menyanyikan semua lagu hit.

     

    “Memang ini bakal menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Rugi kalau orang tak datang kerana penceritan itu saya dan M Nasir. Bagaimana saya mengenali beliau hingga saat ini. Malah, saya juga ada pernah menerbitkan satu album Palestin untuk Palestin yang diterbitkan pleh beliau,” katanya.

     

    Kedua-dua seniman ini akan menyajikan persembahan yang menyentuh jiwa dan meruntun hati dengan lagu-lagu yang mempunyai sejarah dan makna tersendiri. 

    Konsert Sifu Dan Aku adalah sebuah konsert yang unik dan istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan dua seniman yang berbakat tetapi juga menunjukkan hubungan yang erat dan harmonis antara seorang guru dan seorang murid yang saling menghormati dan menghargai.

     

    Konsert ini juga adalah satu penghargaan kepada peminat di Sabah yang jarang mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan dua legenda ini secara langsung. 

     

    Konsert Sifu Dan Aku ini dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group. Sementara radio rasmi adalah Era Sabah.

     

    Dalam pada itu, Borneo Excursions adalah agensi pelancongan rasmi untuk Konsert Sifu Dan Aku yang menawarkan tiket konsert, pakej pelancongan, pengangkutan dan hotel dengan harga yang menarik.

     

    Tiket konsert boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/ pada harga RM988 (VIP- tempat duduk bernombor), RM488 (tempat duduk bebas), RM388 (tempat duduk bebas), RM288 (tempat duduk bebas) dan RM188 (tempat duduk bebas).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *