Mon. Nov 25th, 2024

     

    Perjalanan kerjaya seni Aziz Harun dari Brunei terus menyerlah apabila tampil dengan single baharu berjudul Hanya Mahukan Bye hasil ciptaan komposer terkenal, Romeo, Mike Chan dan Faizal Tahir di bawah label Faithful Music.

    Lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni, Aziz berjaya membuktikan kehadirannya masih utuh dan diterima baik oleh pendengar muzik di Brunei dan Malaysia yang menjadi penyokong utama setiap karya yang diketengahkan.

    Kali ini, jejaka tampan berusia 24 tahun itu mempertaruhkan buah tangan baharu yang cukup unik serta mempamerkan transisi Aziz yang semakin matang dalam dunia nyanyian.

    Hanya Mahukan Bye adalah lagu pertama yang berbeza secara total daripada segi genre, konsep dan segala-galanya. Walaupun pada peringkat permulaan lagu ini ditulis mengikut kemampuan dan genre yang biasa seperti elemen akustik, piano dan gitar, tapi sudah tiba masanya untuk keluar daripada zon selesa.

    Jadi Mike Chan tampilkan dengan konsep muzik elektronik dan begitu terkejut apabila mendengarnya. Namun selepas beberapa hari susunan lagu ini ternyata sangat istimewa kerana wujud elemen muzik elektronik

    Malah menerusi lagu ini tiada langsung bunyi gitar atau piano yang  sebati dalam setiap lagu-lagu beliau. Malah mesej Hanya Mahukan Bye juga sangat berbeza dan boleh dikatakan agak toksik apabila menceritakan kisah lelaki yang tidak mahu berubah, suka mempermainkan hati wanita sehingga termakan dengan kata-kata pujian yang diungkapkan.

    Kemudian lelaki itu meninggalkan wanita terbabit dengan menyalahkan wanita yang disifatkan sebagai bodoh kerana mudah percaya dengan segala tipu helah kerana begitu mudah percaya dengan lelaki.

    Selain menyifatkan lagu Hanya Mahukan Bye sebagai karya yang ‘dark’ dan matang, Aziz juga mengaku berdepan kesukaran sewaktu menjalani proses rakaman.

    ‘Key’ lagu ini sangat tinggi untuk dibawa dan muzik elektronik ini kena ada kelainan. Kalau menyanyi mengikut ‘key’ yang selesa mungkin penghayatannya tidak sampai kepada jiwa pendengar.

     

    Dia menganggap lagu ini adalah proses eksperimen untuk ditonjolkan sisi kematangan sebagai penyanyi. Walaupun lagu ini tidak mudah untuk dibawakan. Bagi Aziz, peluang bekerjasama dengan Mike Chan dan Faizal Tahir merupakan pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat dilupakan dan tidak sabar untuk mendengar maklum balas pendengar.

    Biarpun memiliki pengaruh luar biasa dan lagu-lagu nyanyiannya meraih jutaan tontonan di YouTube, Aziz mengaku masih memiliki impian besar ingin dicapai.

    Perjalanan selama lapan tahun ini masih baru dan tidak sangka pada tahun 2014 menerusi lagu Senyum saya masih dapat bertahan sehingga ke hari ini.

    Ramai penyanyi sekarang mudah mendapat peluang untuk memperkenalkan karya mereka di serata dunia dengan pantas.  Misalnya penyanyi dari Indonesia, Pamungkas yang juga merupakan idola beliau  yang berjaya menembusi pasaran Filipina ketika ini.

    Hanya Mahukan Bye sudah boleh didengarkan di semua platform digital bermula 12 September manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Faithful.

     

    Pautan Muzik Video:

    https://www.youtube.com/watch?v=GhZP9MUimH8&ab_channel=FAITHFUL

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *