Sat. Jul 27th, 2024

    Buat kali pertama dalam sejarah, Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran konsert penuh gilang-gemilang mereka di Istana Budaya. konsert ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah pengalaman seni yang menggetarkan jiwa dan menaikkan martabat seni persembahan negara.

    Dengan penuh semangat, mereka menghadirkan bintang utama terkenal, Lah Ahmad yang akan bergabung bersama Orkestra Simfoni Universiti Malaya di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin, Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya, untuk membawa penonton dalam perjalanan seni yang tidak akan dilupakan. Pemilihan Istana Budaya sebagai tempat untuk acara ini bukanlah kebetulan. Sebaliknya, ia adalah keputusan yang bijak dan tepat, sejajar dengan visi kami untuk membawa seni persembahan ke peringkat global.

    Lah Ahmad akan memukau peminatnya selama dua jam dalam konsert yang penuh semangat ini. Beliau akan mempersembahkan 21 lagu, menyajikan pengalaman mendalam kepada semua peminat yang bakal hadir. Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menyaksikan beberapa penyanyi undangan yang bakal menggegarkan panggung.

    Pilihan Lah Ahmad untuk konsert ini adalah hasil daripada kebolehannya memberikan persembahan secara langsung yang luar biasa, serta semangatnya yang sentiasa menghadirkan penampilan terbaik untuk peminatnya. Beliau telah mengukir nama dalam industri hiburan selama lebih dari 25 tahun, dan prestasinya yang memenangkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik di AJL ke-22 turut menjadi bukti akan kehebatannya.

    https://youtu.be/48BFlyl3bI8?si=WPG1_YsHWg1DMTSS

    Temui Lah Ahmad dalam konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya pada:-

    Tarikh: 7hb Oktober 2023 (Sabtu)

    Masa: 08:30 malam – 11:00 malam

    Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

    Harga Tiket: Ayu (RM390.00) Ulang Tahun (RM290.00) Sempurna dan Terbaik (RM210.00) Kerna Sayang (RM170) Adinda (RM130)

    Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan persembahan istimewa daripada Lah Ahmad di pentas berprestij, Istana Budaya. Tiket boleh didapati di https://ilassotickets.com/

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *