Tue. Oct 8th, 2024

    Kini dan selamanya, tiada apa yang berubah. Begitulah keadaan yang dialami oleh penduduk Pekan Koboi Tanjong Karang. Walaupun berdekad-dekad memerintah di Parlimen P095 Tanjong Karang, Laluan Tikus yang amat berbahaya itu masih tidak ditangani.

    Dato Dr Zulkafperi calon No. 3 Parlimen P095 Tanjong Karang beliau sendiri terjah dan menyiasat secara peribadi dengan melihat keadaan sebenar yang berlaku di bawah Jambatan Tanjong Karang. Beliau amat terkejut apabila melihat penduduk merisiko kan keselamatan diri dengan melalui jalan TIKUS di bawah jambatan Tanjong Karang.

    Lorong TIKUS yang kerap digunakan oleh penduduk untuk melintasi jalan adalah jalan mudah dan pintas bagi mereka kerana tiada pilihan.

    Lorong TIKUS ini adalah lorong yang berbahaya dan bukan lorong biasa-biasa. Setiap penunggang motor terpaksa menundukkan kepala mereka setiap kali melintasi lorong TIKUS.

    Hanya kesilapan sedikit oleh penunggang – penunggang maka mereka akan perolehi kecederaan terutama di Bahagian kepala. Semua peringkat umur dan pelbagai bangsa melintasi lorong TIKUS tersebut.

    Ini lah lorong TIKUS dulu kini dan selamanya. Pemerintahan PARTI sebelum ini tidak peka dan mengabaikan isu lorong TIKUS ini sedangkan sudah berpuluh tahun perkara ini berlaku. Tiada perubahan dan tindakan.

    Dato Dr Zulkafperi melihat perkara ini perlu di selesaikan demi kepentingan penduduk dan Rakyat Tanjong Karang. Beliau akan berusaha untuk mencadangkan Pembinaan Jejantas ber Motor yang sistematik, efisyen dan mampan bagi menyelesaikan isu berbahaya ini demi kepentingan Penduduk Tanjong Karang.

    Jejantas motor adalah yang terbaik seperti mana di banyak kawasan di Selangor membina Jejantas motor untuk melintasi jalan besar. Mengurangkan kadar kemalangan, menjimatkan masa perjalanan dan permudahkan urusan penduduk dan Rakyat Tanjong Karang.

    Jika hendak di bandingkan dengan Pembangunan Ekonomi di Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam maka perkara yang nyata dan terbukti bahwa Tanjong Karang ketinggalan jauh dari pelbagai sudut sektor yang melibatkan penduduk dan Rakyat disini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *