Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) akan menyampaikan hadiah utama jutawan Al Awfar ke-39 Cabutan Mac 2023. Turut diadakan, majlis pelancaran Al-Awfar Baharu-Wow! Banyaknya! yang memberi peluang kepada lebih 1.2 juta pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah lebih RM18 juta setahun melalui 15 kategori cabutan.
Al-Awfar yang diperkenalkan pada tahun 2009, merupakan produk signature Bank Islam yang turut menyediakan ganjaran bagi menghargai sokongan pelanggan terhadap produk pelaburan inovatif ini.
Majlis penyampaian hadiah dan pelancaran Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! ini akan disempurnakan oleh Mizan Masram, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit, Bank Islam.
Sehubungan itu, kami berbesar hati mengundang wakil media dan jurufoto/jurukamera dari pihak Tuan/Puan untuk membuat liputan majlis ini.
Atur cara program adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2023
Masa: 12:30 tengah hari – 2:00 petang
Tempat: Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut berkenaan majlis tersebut, sila hubungi Pegawai Hubungan Media berikut:
- Johanna Azrey Sobrey (012-204 6844)
- Aimi Farhein Ramli (013-297 9110)
- Nor Emilia Izieyana Gazali (017-399 5848)
- Nur Hanani Azman (017-687 0004)