Sat. Jul 27th, 2024

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) akan menyampaikan hadiah utama jutawan Al Awfar ke-39 Cabutan Mac 2023. Turut diadakan, majlis pelancaran Al-Awfar Baharu-Wow! Banyaknya! yang memberi peluang kepada lebih 1.2 juta pelanggan memenangi pelbagai  hadiah menarik berjumlah lebih RM18 juta setahun melalui 15 kategori cabutan.

    Al-Awfar yang diperkenalkan pada tahun 2009, merupakan produk signature Bank Islam yang turut menyediakan ganjaran bagi menghargai sokongan pelanggan terhadap  produk pelaburan inovatif ini.

    Majlis penyampaian hadiah dan pelancaran Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! ini akan  disempurnakan oleh Mizan Masram, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit, Bank  Islam.

    Sehubungan itu, kami berbesar hati mengundang wakil media dan jurufoto/jurukamera dari  pihak Tuan/Puan untuk membuat liputan majlis ini.

    Atur cara program adalah seperti berikut:

    Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2023 

    Masa: 12:30 tengah hari – 2:00 petang

    Tempat: Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya

    Untuk maklumat lanjut berkenaan majlis tersebut, sila hubungi Pegawai Hubungan Media  berikut:

    • Johanna Azrey Sobrey (012-204 6844)
    • Aimi Farhein Ramli (013-297 9110)
    • Nor Emilia Izieyana Gazali (017-399 5848)
    • Nur Hanani Azman (017-687 0004)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *