Sat. Jul 27th, 2024

    13 September 2022 Kuala Lumpur – Sehubungan dengan Pasaran Perjalanan Dunia di London, yang akan diadakan di Excel, London dari 7–9 November 2022, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) akan menjalankan Misi Perdagangan Pelancongan (Biz Connect @WITM London) untuk menjalin hubungan komersial dengan agensi pelancongan di London. Pameran perdagangan pelancongan antarabangsa yang paling hebat diadakan di London, dan hampir setiap negara di dunia menghadirinya.

    Biz Connect @WTM London akan diadakan di Holiday Inn Regent’s Park yang terlertak ditengah-tengah bandaraya London pada 6 November 2022 bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. MATA mensasarkan 50 pemain industri pelancongan tempatan yang akan turut serta dalam misi Biz Connect ini. Peserta bagi Misi Biz Connect ini terdiri daripada Agensi Pelancongan, Hotel, Resort, Inap Desa, Taman Tema, Pusat Membeli-belah, Syarikat Penerbangan, Syarikat Pengangkutan Darat dan Persatuan Pelancongan.

    Sabagai Rakan Strategik MOTAC, MATA sudah tentu akan berganding bahu membantu pihak Kerajaan Malaysia terutama nya MOTAC dan Tourism Malaysia dengan mempromosikan Malaysia sebagai Destinasi Pilihan bagi pelancong dari Eropah terutamanya dari United Kingdom.

    Biz Connect @WTM London diadakan sebagai Pra World Travel Market yang mana peserta dari Malaysia akan dapat menjalinkan sesi perniagaan mereka secara langsung dengan pembeli (Agensi Pelancongan dari United Kingdom) yang dijemput untuk menyertai Biz Connect @WTM London ini. Biz Connect @WTM London lebih mensasarkan pasaran United Kingdom berbanding semasa Pameran WTM adalah pasaran secara terbuka yang bersaing dengan negara lain yang menyertai.

    Biz Connect @WTM London menyasarkan seramai 60 lebih agensi pelancongan di United Kingdom yang telah dipilih akan hadir bagi sesi ini. Pemain Industri Pelancongan tempatan digalakkan mengambil kesempatan ini unuk mencari peluang menjalinkan perniagaan mereka sekali gus membantu pihak MOTAC dalam merealisasikan jumlah sasaran 10 Juta kedatangan pelancong,

    Bagi penggiat industri yang ingin menyertai Misi Dagang Biz Connect, boleh mendaftar melalui pautan dibawah https://docs.google.com/forms/d/1mJt4W75PSXtZylTOqBrEAWn13E1cI9in15b72eUO68/prefill

    MATA juga dalam rangka mengadakan Misi Dagang Biz Connect @ITB Berlin dan Biz Connect @ATM Dubai pada awal tahun 2023.

    Bagi pemain industri yang berminat untuk menyertai Misi Dagang Biz Connect @WTM London ini boleh menghubungi Sekatariat di [email protected]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *