Sat. Jul 27th, 2024

    Konsert solo pertama selepas pandemik 2020 akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 2 November 2022. Dato’ Sri Rossa telah mendarat di Malaysia untuk mempromosikan Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” siri. Lebih 15,000 orang menghadiri siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert”, yang dianjurkan dengan jayanya di Jakarta, Bandung, dan Surabaya.

    Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Ybhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini.

    Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket  Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September.

    Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA).

    Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri  Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

    Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik: Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya. “Rossa 25th Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin yang sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata “Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan PRIHATIN untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi bakal memanfaatkan pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan golongan B40 yang akan disalurkan kepada Tabung Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN.

    Semua sedia maklum, PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia.

    Pada sidang media ini juga turut diperkenalkan artis Malaysia, Hael Husaini akan turut membuat kemunculan sebagai penyanyi jemputan Malaysia dan bakal bergandingan dengan penyanyi terkenal Indonesia Dato’ Sri Rossa di Konsert Rossa ’25 Shining Years’ yang bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 2 November ini.

    Bagi peminat di Malaysia yang masih berminat untuk mendapatkan tiket. Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM 3,000. Tiket Konsert ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan secara offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian (013-3886533- Pn. Nelle)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *